Monday, 21 March 2016

DOA PERNIAGAAN


Doa ini disusun oleh para ulamak. Perbanyakkanlah berdoa, dan jangan putus hubungan dengan yang Maha Memberi Rezeki, yakni Allah SWT.


AL-FATIHAH. Perubatan Islam.


1. 14x : (sebelum tidur) suami dan anak akan mengingati kita selalu
2. 41x : tiup dalam air buat minum dan mandi untuk menghilangkan rasa sakit dalaman
3. 7x : usap di kepala setiap pagi dan sebelum tidur untuk yang berpenyakit mental
4. 3x: tiup dalam air, minum dan baca lagi sambil usap tempat sakit yang keterlaluan
5. 7x : sapu di kepala bayi yang suka menangis
6. 7x : kemudian tekan ibu jari di lelangit, lalu sapu dan tekan di tempat sakit


Sunday, 6 March 2016

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK; Di sebalik realiti kehidupan....

Angan-angan penulis...
Baru-bari ini, ada teman mempertikai tentang kisah novel ini. Kita lihat dulu komentar-komentar tersebut sebelum membicarakan tentang peranan novel. Antara komennya;

Zainuddin diangkat menjadi orang hebat tanpa ada apa-apa kehebatan. Dia bukan penuntut imu yang tegar, bukan ulamak, bukan juga penulis dan sasterawan yang hebat asalnya. Bagaimana tiba-tiba dia boleh menjadi orang hebat?

Zainuddin bukanlah hero dalam cerita ini, dia seorang penghiba, lemah. Dengan ujian cinta dan wanita sahajapun dia oleh kalah, menderita dan putus asa.

Apa sebenarnya yang Buya Hamka ingin angkat dalam cerita ini? Ingin suruh orang jadi seperti Hayati yang mungkir janji kerana harta? Atau menjadi Zainuddin yang lemah, dan menjadi Zainuddin yang pendendam? Kelihatannya seolah-olah tiada "tujuan" besar dalam karya ini.

Jom lihat pendapat saya pula.

Ya, Zainuddin bukan sesiapa pada asalnya. Tetapi Hamka menulis berdasarkan realiti kehidupan.... bahawa manusia yang pernah lemah, kecewa, putus asa, namun pabila dia sedar dan bangkit, dia pasti akan menjadi seseorang! Seseorang yang baru dengan semangat baru, yang bukan lagi dirinya yang dahulu. Dia boleh berubah 100%! Tidak kiralah siapa dan bagaimana dia dahulunya, namun apabila manusia sudah berazam, dan Allah izinkan, tiada apa yang mustahil.

Ya, saya juga bersetuju Zainuddin bukan hero. Hamka telah mewujudkan satu hero tersembunyi tanpa kita sedar, itulah Muluk! Begitulah hakikat kehidupan ini. Hero di dalam kehidupan kita adalah "teman sejati" yang akan menyedarkan kita saat kita terlalai, menguatkan kita saat kita berasa lemah, mengingatkan kita akan Tuhan dan perjuangan sebenar hidup ini tatkala tujuan hidup kita telah tersasar... Di sebalik setiap watak utama akan ada hero di belakangnya. Sebagaimana Syeikh Shamsuddin menjadi hero di sebalik kehebatan Sultan Muhammad al- Fateh, begitulah, Muluk menjadi hero yang menyedar dan menguatkan semangat Zainuddin. Betapa halusnya Hamka memasukkan realiti kehidupan dalam novelnya ini.

Ok, tiada tujuan besar dalam novel ini? Hanya orang yang pernah melalui kehidupan seperti Hayati dan Zainuddin saja yang menyedarinya barangkali. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan, dan akan tiba juga saat setiap manusia akan menyedari dan menginsafi kesalahannya. Klimaks cerita ini ialah apabila Zainuddin mengambil peluang melepaskan segala yang terbuku di hatinya selama ini, dendam yang pernah melemahkan hidupnya, dan dendam yang membuat dia bangkit dari kelemahan itu. Dia mengambil peluang membalas dendam terhada Hayati di saat Hayati sudah insaf dan kembali memerlukannya. Ya, seolah-olah tiada nilai baik yang ingin Hamka utarakan. Namun, "ending" cerita inilah yang mengajak manusia memikirkan sesuatu yang amat besar dalam hidup kita yang perlu kita jauhi.... iaitu EGO! Zainuddin bukan pendendam, Zainuddin sudah lama memaafkan, Zainuddin masih mencintai, tetapi kerana EGO, Zainuddin cuba melawan isi hatinya sendiri.

Ya, egolah yang merosakkan kebanyakan daripada hubungan manusia di dunia ini. Kerana ego, manusia sukar memohon maaf atas KELEMAHAN DIRINYA, kerana ego, manusia hanya ingin MENYENARAIKAN KESALAHAN ORANG LAIN sahaja, kerana ego, manusia tak mahu tunduk dan belas kasihan pada rayuan orang, kerana ego, manusia TAK PERNAH MENGAKU JASA DAN KEBAIKAN ORANG lain terhadapnya, dan akhirnya.................................. kerana ego juga, manusia sanggup menafikan rasa cinta dan kasih dalam dirinya asalkan dendam dan amarah dapat ia zahirkan dan lampiaskan... 

Akhirnya, kerana ego, Zainuddin dan Hayati terpisah buat selama-lamanya.... Itulah matlamat utama yang ingin Hamka ketengahkan dalam novelnya, hanya sanya ia tidak tertulis, dan kita sendirilah yang harus menyedarinya...

* Tetapi, kata orang... ego harus dilawan dengan ego juga. Hmm, entahlah...      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis