Wednesday, 17 September 2014

Kehadiran Rasulullah Dalam Kehidupan Umat Islam

Ada orang daripada golongan anti-maulid berkata: "Mereka yang bangun dalam majlis maulid mengkhayalkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hadir dalam majlis mereka."


Jawapan:

Ia bukan suatu khayalan wahai orang yang lalai. Mereka yang bangun dalam majlis tersebut mengambil suatu waktu untuk menghayati kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم  yang pada hakikatnya (kehadiran Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ) adalah sepanjang masa dalam kalangan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Mereka yang berdiri dalam majlis-majlis maulid dan sebagainya (khsusunya di mahal al-qiyam) berusaha untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم

Banyak sudut dan bukti kehadiran Rasulullah  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan umat Islam secara umum...
 


Kehadiran Rasulullah  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam segenap kehidupan umat Islam setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.


Rasulullah  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

حياتي خير لكم تحدثون ويحدث لكم ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم فما كان من حسن حمدت الله عليه وما كان من سيء استغفرت الله لكم 

Maksudnya: Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu. (Hadits ini diriwayatkanoleh Imam Ad-Dailami daripada Saidina Anas r.a., Imam Al-Harith r.a. daripada Saidina Anas r.a. juga dengan sanad yang mursal. Diriwayatkan juga dalam Kasyf Al-Khafa’ oleh Imam Al-‘Ajluni (19/11). Begitu juga diriwayatkan dalam Musnad Al-Harith (m/s: 969). Diriwayatkan juga dalam Al-Fath Al-Kabir (2/68) pada hadits no: 5886 dengan sanadMursal. Begitu juga no: 5887. Imam Ibn Hajar Al-Haithami menegaskan bahawasanya perawi-perawi hadits ini adalah berdarjat sahih. Imam As-Suyuti juga meriwayatkannya dalam Al-Marasil (no: 11337 dan 11338). Selain sanad-sanad mursal yang kuat, Imam Al-Bazzar juga meriwayatkannya secara bersambung kepada Saidina Abdullah bin Umar dengan sanad yang kuat (no: 1723))

Hadits ini menunjukkan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan para umatnya dan sentiasa memerhatikan dan mengetahui perihal umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم walaupun setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dalam riwayat lain, amalan-amalan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم akan dibentangkan pada setiap malam Isnin dan Khamis.

Ini menunjukkan betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sememangnya hadir dalam kehidupan umat Islam dengan kehadiran yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sahaja. Namun, sudah pastilah rasa penghormatan yang cuba dizahirkan oleh para umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم juga sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Di zaman serba moden ini, alangkah jumudnya minda orang yang masih menganggap jarak sesuatu tempat menjadi penghalang terhadap suatu hubungan kehadiran antara dua pihak, sedangkan banyak alat-alat telekomunikasi dan perhubungan yang menghubungkan dua orang daripada dua tempat yang sangat jauh jaraknya, yang mana mereka boleh saling menzahirkan penghormatan kepada sesama mereka dari tempat mereka, lalu sampai kepada teman mereka masing-masing. Seumpama, seorang pekerja sahaja boleh menzahirkan penghormatan kepada tuannya melalui alat perhubungan walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, samada perhubungan seperti panggilan video atau sebagainya.

Bagaimana dengan pendedahan teknologi sebegini, seseorang masih lagi tidak dapat menerima hubungan para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang menzahirkan penghormatan mereka dalam sesuatu majlis di negara-negara yang jauh, dengan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di Al-Madinah Al-Munawwarah sedangkan alam roh itu sendiri tidak dibatasi oleh dimensi seperti alam jasmani dan sebagainya.


Pelajaran daripada Kisah al-Utbi


Daripada Imam al-'Utbi [Abu 'Abdul Rahman Muhammad bin 'Abdullah atau 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`awiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi] di mana dia telah berkata: “Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka telah datang seorang A'raabi (penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dengan katanya: “Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah Ta`ala berfirman:

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُواْ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُواْ ٱللَّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً 

[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – Surah an-Nisa’: 64]

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.” Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-

يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع  والأكم 
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف وفيه الجود و الكرم 

Maksudnya:

Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Al-'Utbi meneruskan ceritanya: “Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku: Wahai 'Utbi, segera pergi berjumpa A'rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.[Dinukilkan dari kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi; Fasal Mengenai ziarah Qubur Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- Halaman 206, Dar al-Fikr Beirut- 2002M/1422H. Kisah ini ini sangat masyhur dan dinukilkan oleh para ulama didalam kitab-kitab mereka sepertimana yang aku nyatakan diatas.]

Kisah ini diriwayatkan oleh seorang ulama' besar dalam bidang hadits yang sangat mementingkan sumber-sumber yang sahih dalam periwayatan iaitulah Imam An-Nawawi رحمه الله. Maka, ini adalah sebahagian daripada contoh di mana Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hadir dalam kehidupan para pencinta secara khusus dan umat Islam secara umumnya.


Kehadiran Khusus Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم Terhadap Mereka yang Berselawat Ke Atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم 


Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم juga hadir menerima selawat-selawat yang disampaikan oleh umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلمbersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ سَلَّمَ عَلَيَّ إِلا رَدَّ اللَّهُ رُوحِي حَتَّى أَرُدَّ عَلَيْهِ السَّلامُ 

Maksudnya: "Tiadalah seseorang yang menyampaikan salam ke atasku melainkan Allah s.w.t. akan mengembalikan rohku sehingga aku menjawab salam ke atasnya". (Hadits ini diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahuyah (atau Rahwaih) dalam musnadnya dengan sanad hasan (perawi-perawi Imam Muslim) no: 460, Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 10591) dengan sanad hasan yang sama, Imam Abu Daud dalam Sunannya dan sebagainya daripada Saidina Abu Hurairahرضي الله عنه.)

Dalam riwayat lain, Saidina Ibn Abbas r.a. berkata:

لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلَّى عَلَيْهِ صَلاةً إِلا وَهَي تَبْلُغُهُ , يَقُولُ لَهُ الْمَلَكُ : فُلانٌ يُصَلَّى عَلَيْكَ كَذَا وَكَذَا صَلاةً 

Maksudnya: "Tiadalah seseorang daripada Umat Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berselawat ke atas Baginda - صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم melainkan ia akan sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم lalu malaikat berkata kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم: "Si fulan berselawat ke atasmu dengan begini dan begini..."

Ini menunjukkan samada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berinteraksi secara langsung dengan umat Islam yang menyampaikan salam dan selawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ataupun melalui perantaraan malaikat, namun tetap sahaja bentuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang menyampaikan salam dan selawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Maka, mereka yang berdiri dalam majlis maulid ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang mengalu-alukan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan manusia, telah menghayati betapa penghormatan dalam alu-aluan mereka itu sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم samada dengan kehadiran roh Baginda  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ke dalam majlis-majlis tersebut ataupun sampai kepada Baginda  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang berada di Al-Masjid An-Nabawi. Al-Muhim (yang penting), penghayatan mereka betapa mereka diperhatikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ketika menzahirkan kegembiraan dan penghormatan tersebut adalah berlandaskan nas-nas syarak yang telah disebutkan dan banyak lagi yang tidak sempat disebutkan di sini.

Bagi mereka yang tidak mendalami nas-nas syarak sebegini secara menyeluruh atau mindanya terbatas dengan kebiasaan adat yang sempit, walaupun dengan ledakan teknologi telekomunikasi semasa, lalu mengingkari amalan berdiri ketika membaca puji-pujian dan alu-aluan dalam maulid yang menjadi simbol penghormatan dan kegembiraan yang disampaikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka mereka perlulah menginsafi betapa mereka jauh daripada penghayatan terhadap kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Biarlah para pencinta mengungkapkan cinta dan rindu mereka kepada Saidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dengan cara yang sememangnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali.

Wallahu a'lam


Diambil daripada tulisan Sidi Ahbab

*Hakikatnya, tak pernah ada yg berdiri ketika selawat mengatakan "aku berdiri krn nampak akan kehadiran Nabi", sebaliknya hanyalah satu pengharapan... tanda cinta dan hormat. Mengapa ketika menyayi lagu Negaraku harus berdiri, sedangkan lagu itu dan bendera yg dinaikkan langsung tak punya roh. Bukankah itu juga tanda hormat dan cinta. Demi keadilan dan ilmu, BERTANYALAH kpd yg melakukan, mengapa mereka melakukannya, bukan terus membaca tohmahan org yg tdk pernah bertanya tetapi hanya terus mengandai dan menghukum, lalu menyebarkan andaian mereka.


Tuesday, 8 July 2014

ALTEL OH ALTEL.... Tanganku mula mengetuk papan kekunci...



OK, dah lama tak mengarang, pena dah tumpul, ilham dah tak datang, dan malas telah membekas.... Apapun, saya cuba juga mencoret di sini, tidak di FB, sebagai mengasah apa yang tumpul, mengundang apa yang tak datang, dan menghalau apa yang telah membekas...

Saya membeli simkad ALTEL semalam. Hati berdebar-debar menunggu hari ini untuk pulang ke Ipoh. Ya, Ipoh, bandaraya hebat, bukan hutan banat, tapi tempat saya menginap ini... line maxisnya, macam kura-kura patah kaki! Kehebatan ALTEL yang dicanang-canang boleh laju di ceruk kampung Negeri Sembilan dan Kelantan membuat saya risau, entah-entah ALTEL hanya "jaguh kampung" tapi lemah di bandar hutan batu.

Sebelum bertolak ke Ipoh, saya segera memasukkan simkad ALTEL ke Galaxy Note2 saya yang tak ori itu... :-). Oh ya, kehebatan pertama yang saya dapati, simkadnya boleh diguna dalam 2 bentuk, kecil mahupun besar. Tak perlu nak potong. Kalau nak guna besar, sumbat saje yang kecil ke dalam yang besar, kalau nak guna yang kecil, cabut saje yang kecil dari badan yang besar itu... Tak faham??? Alah, maafla, anda kene beli dulu baru anda faham.

Ok, sesampai di tempat menginap saya di Ipoh, jeng jeng jeng..... alhamdulillah, line nampak penuh! Oh, baru saya perasan, internet saya berfungsi sejurus saje saya memasukan simkad ke dalam hp saya, walaupun saya tak register untuk internet pun! Ok, mungkin internet asas saje kot... Tapi kemudian, inilah hasilnya. Saya boleh buka laptop, boleh guna internet dari hp saya tu guna tethering, malah boleh bukak macam-macam website lagi. 

Musykil pulak saya, dia guna kredit mana untuk jalankan internet saya ni? Mungkin dia akan tolak kredit yang ada kot. Takpelah, kredit permulaan kalau kita beli simkad cuma rm5, saya akan tengok, rm5 ni berapa jam atau berapa hari saya boleh guna internet, then baru saya akan top up dan register untuk penggunaan internet yang "official" :-p

Yang penting, ia memang laju, bukan sekadar ura-ura! Nampaknya, saya akan downgrade lah plan maxis saya, but still kene pakai dua-dua, sebab ALTEL cuma tawarkan 2gig jer, saya perlukan 5gig dalam sebulan! :D

Buat akhirnya, sila AMBIL PERHATIAN!!! Saya nak pakai ALTEL bukan sebab saya menyahut seruan untuk memboikot barang cina DAP seperti yang tersebar luas di wassap atau fb ok... Saya tidak rasis, tapi saya juga diajar oleh ayah untuk utamakan barangan MUSLIM, so memilih muslim bukan beerti memboikot cina. Dan yang lebih penting, saya memang memerlukan internet berkelajuan kilat! - Sekian terima kasih.

Thursday, 15 May 2014

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN DAUN SUP...

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis