Monday, 17 June 2013

Bid'ah, Qasidah, Alat Muzik, dan Ya Hanana.... (2)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ala Rasulillah,
waala alihi waashabihi waman walah...

Sambungan dari entri saya yang lepas.... dan kali ini saya ingin memfokuskan kepada PERMAINAN ALAT MUZIK, khususnya kompang, DI DALAM MASJID, secara ringkas.

Ulamak berbeza pendapat dalam hal ini. Sebahagian ulamak yang membolehkan, adalah berdasarkan dalil hadith berikut:

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ، وَاجْعَلُوهُ فِي المَسَاجِدِ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ

“Umumkanlah pernikahan, dan lakukanlah di masjid, serta (ramaikan) dengan memukul duf (rebana/kompang).” (Sunan Tirmidzi, no.1089)


Berdasarkan hadith tersebut, ulamak-ulamak memberikan pula pandangan mereka berkaitan aktiviti bermain kompang dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan di dalam masjid, seperti beikut.

(1) Syekh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam dalam kitab "Al-Fatawi al-Fiqhiyah al-Kubro" menjelaskan, hadith tersebut mengisyaratkan keharusan memainkan rebana dalam acara pernikahan di dalam masjid, dan diqiyaskan pula keharusan memainkan rebana untuk acara-acara selainnya. 

(2) Syekh Al-Muhallab menyatakan bahawa semua pekerjaan yang dilakukan di dalam masjid apabila tujuannya demi kemanfaatan kaum muslimin dan bermanfaat bagi agama, boleh dikerjakan di dalam masjid. 

(3) Qadhi Iyadh juga menyatakan hal yang sama, bahkan menambahkan, selama pekerjaan tersebut tidak merendahkan kemuliaan masjid,  maka boleh dikerjakan.

*Keharusan di atas dengan batasan selama tidak mengganggu kekhusyukan orang-orang yang sedang mengerjakan ibadah di dalam masjid,  dan tidak sampai merendahkan kemuliaan masjid, jika berlaku salah satunya, maka hukumnya haram.

Oleh kerana isu ini adalah khilaf, dan ada ulamak yang mengharuskannya, maka tak perlulah kita berbalah dan saling membid'ahkan... Wallahu a'lam bissowab, Wallahu yatawalla bissarair...

*bersambung selepas ini : isu pembid'ahan qasidah ya Hanana...
                                                               

Rujukan:

Al-Fatawi Al-Fiqhiyah Al-Kubro, Juz : 4  Hal : 356

وفي الترمذي وسنن ابن ماجه عن عائشة - رضي الله تعالى عنها - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال «أعلنوا هذا النكاح وافعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدف» وفيه إيماء إلى جواز ضرب الدف في المساجد لأجل ذلك فعلى تسليمه يقاس به غيره

Umdatul Qori Syarah Shohih Bukhori, Juz : 4 Hal : 220

وقال المهلب المسجد موضوع لأمر جماعة المسلمين وكل ما كان من الأعمال التي تجمع منفعة الدين وأهله

Fathul Bari, Juz : 3 Hal : 340


    وحكى القاضي عياض، عن بعض شيوخه، أنه قال: إنما يمنع في المساجد من عمل الصنائع التي يختص بنفعها آحاد الناس وتكتسب به، فأما الصنائع التي يشمل نفعها المسلمين في دينهم كالمثاقفة، وإصلاح آلات الجهاد مما لا امتهان للمسجد في عمله فلا بأس به. والله أعلم

Wajib mandi wajib atau tidak????

SOALAN:
Apabila mimpi berjimak, tapi tidak mengeluarkan mani, wajib mandi atau tidak?

JAWAPAN:
Tidak Wajib

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ وَلَا يَذْكُرُ احْتِلَامًا. قَالَ: «يَغْتَسِلُ»، وَعَنِ الرَّجُلِ يَرَى أَنَّهُ قَدْ احْتَلَمَ وَلَا يَجِدُ الْبَلَلَ. قَالَ: لَا غُسْلَ عَلَيْهِ» فَقَالَتْ: أُمُّ سُلَيْمٍ الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ

“Rasulullah saw pernah ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati dirinya basah sedangkan dia tidak ingat telah mimpi, Baginda menjawab, “Dia wajib mandi”. Dan baginda juga ditanya tentang seorang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati dirinya basah, Baginda menjawab: “Dia tidak wajib mandi”.” (Sunan Abi Daud, no. 236, Sunan at-Tirmidzi, no.113, Musnad Ahmad, no.26195, Sunan ad-Daruquthni, no.481 dan Sunan Al-Kubro, no.796)
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis