Friday, 10 May 2013

TAFSIR AL-FATIHAH: Ihdinassirotol mustaqim. (Penegertian Hidayah, Peranan Akal,

  اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" (surah Al Fatihah :6)


Kali ini kita akan cuba menghalusi kemuncak bagi matlamat Surah al-Ffatihah yang sebenarnya. Inilah matlamat utamanya iaitu suatu doa untuk memohon jalan yang lurus. Kenapakah disebut jalan yang lurus? Kenapa tidak dikatakan jalan yang satu atau jalan yang terpilih? Sifat lurus pada jalan adalah jalan yang semestinya disukai dan akan dipilih oleh seorang pemandu. Mereka akan memilih jalan yang mudah dibawa tanpa memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kenderaan. Inilah perumpamaan ayat ini.

Pengertian Hidayah.

Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu' Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsir al Manar, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah, iaitu :

* Hidayah Wujdan At Tabii'y : Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada manusia sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru untuk difahami oleh mereka.
* Hidayah Al Hawas : Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam istilah sainsnya.
* Hidayah Aqli : iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal manusia. Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah manusia yang bijak (ulul Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran Ilahi dan memastikan dirinya mentaati Allah melalui anugerah akal. Allah sering menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan akalnya demi mendapat kebenaran sebagai (Afala ya'qilun, afala tatafakkarun)
* Hidayah Ad Din : Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak semua insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan nazarah (penglihatan dan pengamatan) untuk mencari kebenaran kita tidaka akan memperolehi kebenaran lantaran tiadanya hidayah ini pada kita.
* Taufiq : Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa usaha Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran. Inilah peranannya pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu' mereka tanpa mengira sasaran menerima dakwah atau tidak.

 Penggunaan Akal untuk mendapat Hidayah.

Dalam Surah al-Syams Allah berfirman,

فَأَلهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" (Al-Syams :8)

Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikkannya maka akan diberi kefahaman ilmu agama walau apa latar belakangnya sekalipun.

 Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. Jalan –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Di sinilah peranan manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis