Monday, 13 May 2013

KESIMPULAN TAFSIR AL-FATIHAH

Kesimpulan

Daripada ayat ini daptlah kita mengambil iktibar bahawa akal dan manusia lain bukanlah pelindung atau pergantungan kita yang sebenar. Sikap bongkak dan sikap skeptical melulu terhadap ajaran Allah akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran. Lantaran itulah Imam Hassan Al Banna menggesa ahli Ikhwan untuk taa'bud tanpa soal atau berittiba' dengan segala peraturan Syariah tanpa soal akan hikmah atau falsafahnya. Mempelajari falsafah adalah untuk menguatkan iman bukan sebagai punca kita mempersoalkan kekuasaan Allah dan kesyumulan ajaran Islam.

Firman Allah,

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ العَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

" Perumpamaan manusia yang mengambil selain Allah sebagai wali (penolong/pelindung) adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya selemah-lemah rumah adalah rumah labah-labah" (surah Al Ankabut : 41)

Sunday, 12 May 2013

TAFSIR AL-FATIHAH: AYAT-AYAT TERAKHIR (Syarat Jalan Nikmat, Sikap Yahudi, Kesesatan Nasrani,


 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

"Jalan orang-orang yang Engkau nikmatkan ke atas mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.


Maka selepas kita melihat maksud kemuncak Al fatihah iaitu ayat yang ke-6, perlu kita tahu rahsia di sebalik jalan tersebut. Jalan yang kita pohon tersebut mengandungi taqyid (syarat)nya yang tersendiri. Dalam ayat ke-7 ini kita akan mengenalpasti syarat tersebut. Semestinya jalan yang kita pilih adalah jalan yang dinikmatkan Allah akan golongan terdahulu dan akan datang. Jalan atau disebut tali sejahtera ini merupakan nikmat yang tertinggi. Sebagai makhluk yang lemah, kita memerlukan bantuan Pencipta kita untuk memandu akal kita dalam memilih jalan hidup kita samada jalan taqwa ataupun jalan fujur. Betapa pentingnya dan besarnya nilai doa, untuk mendapatkan bantuan dari Tuhan. Inilah yang perlu kita fikirkan. 

Matlamat perjuangan para pendakwah ialah :

 * Memperbaiki Aqidah umat manusia sekeliling yang telah diselaputi karat penyelewengan baik daripada pihak musuh Islam atau umatnya sendiri yang menjadi pesuruh musuh Islam. Inilah kerja tetap para anbiya' dan mursalin. Kerja Aqidah adalah kerja asasi para pejuangn Islam. Matlamat perjuangn baik dengan method ziarah, method bengkel, seminar, tazkirah atau mata pena, matlamatnya adalah membina generasi ubudiyyah. Adapun matlamat pembinaan masyarakat dan negara adalah matlamat sementara yang membawa kepada matlamat agung ini.

* Memperbaiki akhlak dan sikap. Akhlak manusia adalah berpandukan kepada sistem Aqidah. Akhlak yang kukuh akan dimanifestasikan daripada Aqidah. Usaha memoralkan masyarakat adalah sia-sia jika lunas Islam tidak dipenuhi kerana Sistem Islamlah yang boleh memugar sikap, gelagat, tanggapan dan perilaku.

* Memperbaiki sistem pengurusan dunia. Ini bermula dengan pengurusan keluarga menurut Al Quran dan Sunnah, pengurusan masyarakat, negeri, Negara dan diplomasi negara menurut Islam.

Kesemua matlamat pendakwah ini adalah memerlukan pemilihan jalan yang sejahtera dan taqwa. Inilah jalan yang penuh ranjau dan berduri. Hassan Al Banna dalam ceramahnya pada awal penubuhan Ikhwan selalu mengingatkan pengikutnya akan cabaran, siksaan, dilema dan kesusahan mendatang walaupun kesusahan tersebut hanya berlaku sekitar 10 tahun selepas ucapan tersebut. Ini menunjukkan sekiranya kita memilih jalan taqwa sekalipun kita tidak akan terlepas daripada kesusahan akibat manusia yang berhati Iblis.

Golongan yang dijamin mendapat nikmat melalui jalan sejahtera adalah;

* Rasul dan Nabi
* Syuhada' yang menyaksikan keesaan Allah melalui penjualan nyawanya sendiri.
* Para solehin yang beramal.
* Golongan mujahidin yang istiqamah, serta golongan-golongan lain yang dijamin melalui ayat Al Quran sendiri.

Siapakah yang dimurkai?

Marilah kita mengenal golongan yang dimurkai ini. Dikatakan oleh Ulama' mufassirin, golongan yang cuba ditonjolkan dalam ayat ini ialah golongan Yahudi.

Allah telah menjelaskannya dalam sebuah ayat yang lain: Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang (Yahudi) yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. [al-Maidah 5:60]

Apakah sikap Yahudi?

* Mereka bongkak dengan Allah. Mereka juga bongkak dengan manusia yang lain. Mereka bangga dengan keturunan Nabi Yaakub mereka dan dikurniakan lebih kurang 4000 Nabi yang bukan Rasul! Mereka banyak sekali mencabar para Nabi, banyak bertanya soal remeh seolah mengolok-olokkan Allah serta inginkan bangsa lain tunduk kepada mereka walau dimana mereka berada.

* Mereka amat memusuhi Nabi yang selain Nabi Musa A.S. sebabnya ialah, Nabi Musa telah memberi kehormatan dan maruah yang tinggi kepada mereka serta menyelamatkan mereka dengan pelbagai mukjizat. Mereka adalah penentang Nabi Samuel semasa Nabi ini memutuskan agar Talut yang mengetuai mereka menawan Palestin kembali daripada tentera Jalut (golongan Arab Kana'n). Mereka telah sepakat untuk membunuh Nabi Isa A.S walaupun Nabi Isa diutus daripada kaum mereka sendiri. Mereka berkonspirasi dengan Yahuza dan akhirnya memakan dirinya sendiri. Mereka bencikan nabi Daud dan Sulaiman serta Yahya dan Zulkifli.

* Mereka adalah rasist ! Mereka mengesyorkan teori Darwin dan Komunisme (class struggle) yang memakan nyawa jutaan umat manusia. Teori persaingan gila ini diterapkan secara revolusi dan mengejut sehingga teori ini memakan sendiri para penciptanya. Mereka atas sangkaan bahawa golongan selain Yahudi adalah golongan Goyyim (babi) yang tidak setaraf dengan mereka. Atas cetusan mereka Nazi dan Fasis Itali juga bangkit untuk menonjolkan ras mereka yang mengakibatkan suasana lebih buruk.

 Mereka telah dilaknat dengan lisan nabi mereka sendiri iaitu Nabi Allah Daud dan Isa.

Firman Allah,

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

"Telah dilaknat akan orang kafir daripada golongan Bani Israel menerusi lisan Daud dan Isa Bin Maryam disebabkan mereka derhaka dan mereka melanggar (peraturan)"(Surah Al Maidah : 78)



Siapakah golongan yang sesat?

Dalam hal ini, ulama' mengatakan golongan ini ialah golongan Nasrani yang kini dijelmakan dalam agama Kristian.

firman Allah: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum (sebelum zaman Muhammad) yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. [al-Maidah 5:77]
 
Perlu diingatkan Kristian hari ini bukan lagi ahli kitab sebagaimana golongan Nasrani dahulu. Ajaran mereka telah lama diselewengkan oleh golongan Rom sewaktu kebangkitan Tamadun Rom dahulu. Kerajaan Rom membuat re-branding kepada agama Nasrani dengan mengatakan bahawa Nabi Isa lah anak tuhan yang digelar Kristos (bahasa Rom kuno bermaksud orang yang suci). Lantaran itu ajaran Nasrani yang diwarisi daripada orang-orang Hawariyyun telah dinamakan Christ dan orang yang menganutinya dipanggil Christian. Maka lambang salib mula digunapakai dan mazhab pertama ditubuhkan adalah Gereja Roman Khatolik. Pada dasarnya mereka mewarisi ajaran Nabi Isa. Walaubagaimanapun selepas dirosakkan Aqidah tersebut, maka ajaran ini mula menyimpang daripada ajaran sebenarnya.


Saturday, 11 May 2013

DOA NABI... Tanda mencintai isteri, namun lebih lagi cintanya pada ummat!!!

"Abang, doakan saya ya..." Begitulah terjemahannya ayat Saiyidatina Aisyah kepada baginda Rasulullah saw, andai diterjemah ke dalam bahasa rumahtangga kita hari ini. Ayuh kita telusuri nota cinta dari sirah dari hadith ini....cinta baginda Nabi Muhammad saw kepada ummatnya, yang dinukilkan melalui sirah rumahtangga baginda dengan Saiyidatina Aisyah.

Dikeluarkan oleh al-Bazzaar bersumber daripada 'Aisyah r.ha., katanya: Tatkala daku lihat Rasulullah s.a.w. itu elok keadaan diri baginda, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah s.a.w.! Berdoalah kepada Allah untuk (kebaikan) saya!" 

Lalu baginda terus berdoa, "Ya Allah, ampunkanlah bagi 'Aisyah segala dosanya yang lalu dan dosanya yang akan datang, dosanya yang tersembunyi mahupun yang nyata." 

Lalu ketawalah 'Aisyah r.ha. dengan bersangatan (gembiranya) sehingga tertunduk-tunduk kepalanya disebabkan ketawa itu.

Maka Rasulullah s.a.w., "Adakah doaku itu membuatkan engkau gembira?" 

Jawab 'Aisyah r.ha., " Masakan doa mu itu tidak menggembirakan saya?" 

Maka bersabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah! Sesungguhnya itulah doaku kepada umat ku di dalam setiap solat ku." 

[al-Haithami berkata: Periwayat-periwayat hadith ini adalah periwayat yang boleh diterima melainkan Ahmad bin Mansur ar-Ramaadiy yang merupakan seorang yang bertaraf thiqah (amat dipercayai)] 

* Kitab Hayatus-Sahabah Juzuk ke-3.

Begitulah tandanya cinta. Saat kita mengingati seseorang, pasti kita akan selalu mendoakannya. Doalah satu-satunya hadiah yang tak perlu berbayar, tak perlu berpenat lelah menyediakannya, hanya memerlukan ingatan dan keikhlasan. 

Rasulullah s.a.w. ketika melihat begitu gembira dan girangnya Saiyidatina Aisyah kerana mendapat doa yang sedemikian, walaupun hanya untuk sekali doa sahaja, terus baginda menyatakan, bahawa doa yang sama itulah yang menjadi kelaziman baginda untuk berdoa kepada umat baginda. Bukan hanya sekali, bahkan berkali-kali dalam sehari.

Itulah tanda betapa besarnya ingatan baginda kepada kita ummatnya, tanda betapa besar kasih dan cinta baginda kepada ummatnya. Oleh yang demikian, cuba kita bertanya kepada lubuk hati sanubari kita, sejauhmanakah kita menghargai cinta Rasulullah saw ini? Sejauhmanakah kita bersungguh-sungguh untuk membalasnya? 

Cerita cinta ini tidak pernah berakhir. Walaupun Rasulullah telah wafat, tetapi harum dan sinar cinta baginda sentiasa bersama umat ini. Selawat dan salam kita tetap disampaikan kepada baginda di alam sana. Amalan kita dibentangkan kepada baginda dan doa baginda sentiasa bersama kita.

Sedarkan hati kita berkenaan ikatan ini, dan marilah kita usahakan agar kehidupan kita menjadi semirip mungkin dengan kehidupan suci murni Rasulullah s.a.w.! 

Saya tak pernah serik dan malu meminta suami mendoakan saya, kerana betapa inginnya saya membayangkan saat Baginda Nabi saw menyahut permintaan Saiyidatina Aisyah, betapa inginnya saya membayangkan wajah gembira Nabi ketika melihat isterinya gembira, dan betapa inginnya saya merasai cinta Nabi saw terhadap saya, yang mendoakan saya (antara ummatnya) di saat baginda bersama isteri sendiri.

Allahu Allah... saya akan selalu meminta dan mengemis doa dari orang alim, para habaib, apa lagi dari suami sendiri, meskipun dia pernah mengucapkan, "Perlukah kita bagitau pada orangtu kalau kita dah doakan dia... Doa yang dirahsiakan tu lebih maqbul". Tak kiralah, demi kecemburuan saya pada Saiyidatina Aisyah, saya akan teruskan tabiat ini, agar cinta dan ingatan saya pada baginda Nabi terus dan terus membuah mekar harum mewangi selamanya....

Friday, 10 May 2013

TAFSIR AL-FATIHAH: Ihdinassirotol mustaqim. (Penegertian Hidayah, Peranan Akal,

  اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" (surah Al Fatihah :6)


Kali ini kita akan cuba menghalusi kemuncak bagi matlamat Surah al-Ffatihah yang sebenarnya. Inilah matlamat utamanya iaitu suatu doa untuk memohon jalan yang lurus. Kenapakah disebut jalan yang lurus? Kenapa tidak dikatakan jalan yang satu atau jalan yang terpilih? Sifat lurus pada jalan adalah jalan yang semestinya disukai dan akan dipilih oleh seorang pemandu. Mereka akan memilih jalan yang mudah dibawa tanpa memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kenderaan. Inilah perumpamaan ayat ini.

Pengertian Hidayah.

Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu' Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsir al Manar, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah, iaitu :

* Hidayah Wujdan At Tabii'y : Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada manusia sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru untuk difahami oleh mereka.
* Hidayah Al Hawas : Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam istilah sainsnya.
* Hidayah Aqli : iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal manusia. Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah manusia yang bijak (ulul Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran Ilahi dan memastikan dirinya mentaati Allah melalui anugerah akal. Allah sering menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan akalnya demi mendapat kebenaran sebagai (Afala ya'qilun, afala tatafakkarun)
* Hidayah Ad Din : Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak semua insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan nazarah (penglihatan dan pengamatan) untuk mencari kebenaran kita tidaka akan memperolehi kebenaran lantaran tiadanya hidayah ini pada kita.
* Taufiq : Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa usaha Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran. Inilah peranannya pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu' mereka tanpa mengira sasaran menerima dakwah atau tidak.

 Penggunaan Akal untuk mendapat Hidayah.

Dalam Surah al-Syams Allah berfirman,

فَأَلهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" (Al-Syams :8)

Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikkannya maka akan diberi kefahaman ilmu agama walau apa latar belakangnya sekalipun.

 Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. Jalan –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Di sinilah peranan manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.


Thursday, 9 May 2013

Tips Penjagaan Jantung... JOM CEGAH SAKIT JANTUNG

Tetiba.... nak share tentang kesihatanlah pulak... 
Malas??? Janganlah macam tu, takkan hari-hari nak baca isu politik je... 
Jom baca kejap ya...
Beringat tentang kematian, yang boleh datang pada bila-bila masa. 
Sekadar usaha untuk jaga kesihatan... 
Jom amalkan setakat termampu (hmmm, macam pasif sangat pulak ayat ni). Tukar! 
Jom amalkan dengan bersungguh-sungguh in syaa Allah (haa... baru ada aura aktif...) :-)

Beberapa garis panduan untuk cegah sakit jantung dari seorang pakar jantung...

1. Kurangkan gula, tepung putih dan gula sirap sucrose dalam minuman dan makanan.
2. Lebihkan omega3 dari fish dan krill oils, flax dan sesame seeds, avocado dan telor.
3. Jauhkan makanan berminyak 'deep fried' (hydrogenated) dalam fast dan processed foods 4. Tingkatkan logam magnesium dari sayur2 hijau atau pil supplement.
5. Juz delima boleh bantu bersihkan salur darah jantung dari kesumbatan arterosclerosis.
6. Pil supplement mengandungi L- Arginine boleh bantu perbaiki salur darah jantung.
7. Lada atau cayene dikatakan sebagai tonik jantung.
8. Teh cina atau green tea juga tonik jantung
9. Berjalan kaki 30 minit sehari


Selamat beramal...
.

Wednesday, 8 May 2013

ABANG MISI... Apa yang kita selalu pegang masa hidup, itu jugalah yang pegang di akhir hayat kita...


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Tuesday, 7 May 2013

Mahabbah RASULULLAH... Tok Guru Nik Aziz???

Tok Guru malu dengan Rasulullah saw....................

Hari itu , penyokong PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG melawat TGNA di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi.

Gembira mereka kerana hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Lalu situasi agak beremosi. Sudah lama berbicara.

Semua diam... TGNA sambung, "Ambo ni dak tak berapa nak larat. Ada yang suruh saya berenti sebab faktor usia dan kesihatan " . Tok guru berhenti , kami yang hadir menarik nafas , kemabang kembung dada . Sebak.

Argh.. Situasi menjawab. Sebak. Ya Rabb..

Seorang pak cik tua berseka air matanya mencelah ; " Tapi tok guru , Rasulullah berjuang sehingga wafat. " Di lap air jernih panas yang mengalir.

Tok guru angkat kepala ; " Sebab itu ambo malu pada Rasulullah ( untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan ) "...

*Begitu ikhlas TGNA beserta mereka yang terlibat dalam perjuangan utk menegakkan Islam.. Bagaimana kita yang masih muda dan tenaga yang kuat???

Sumber: Athirah Mohammed

TAFSIR AL-FATIHAH: Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in... (Isti'anah dari golongan fasiq)



Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan.


Na'budu diambil dari kata 'ibadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

Nasta'in (minta pertolongan), dari kata isti'anah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.


Tafsiran:

Iyyakana'budu

Perhatikan bahawa ayat ini dimulakan dengan satu bentuk penegasan dan pembatasan, iaitu Hanya kepada Engkau sahajalah…. Ia bererti sejak awal kita menegaskan bahawa ibadah dan doa adalah hanya kepada Allah sahaja, tidak lain dan tidak bukan hanyalah kepada Allah.

Kenapa perlu menegaskan dan membataskan bahawa ibadah hanya kepada Allah? Bukankah kita umat Islam sememangnya tidak menyembah pokok, batu, sungai, matahari,  dan apa-apa lain lagi?


Sebenarnya secara bawah sedar, ada di antara umat Islam yang menyembah selain Allah, atau menyembah sesuatu lain bersama Allah. Salah satu sembahan yang lain ialah dengan menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan. Allah bertanya dalam bentuk sindiran:  

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya, tuhan yang dipatuhinya?" [al-Jathiyah 45:23]

 
Antara bentuk sembahan kepada hawa nafsu ialah sengaja mengkuti kehendak nafsu dengan mengabaikan tunjuk ajar Islam atau menggunakan nafsu untuk menilai sama ada sesuatu perintah-larangan Islam sesuai atau tidak untuk dilaksanakan pada zaman moden kini.

Manusia diciptakan di dunia ini dengan satu tujuan utama: iaitu beribadat dan menyembah Allah swt. Firman Allah: 

"Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu" [al –Dzariyat: 56]

Di atas keutamaan ini, sekurang-kurangnya selama 17 kali kita akan mengulangi ayat ini di dalam solat kita untuk meyakinkan diri kita bahawa kepada Allahlah kita menyembah. Namun begitu, kita juga harus menyakini akan satu perkara: Kita menyembah Allah ialah dengan cara kita mentaatiNya


Iyyakanastain

Rangkap ini pula menjadi penegasan dan peringatan kepada diri kita bahawa apabila memiliki apa-apa hajat atau kesukaran, maka tidak lain tidak bukan kepada Allah sahajalah kita berdoa meminta pertolongan.

Bukanlah bererti kita tidak boleh meminta pertolongan daripada sesama manusia. Hanya dalam kes ini, kita beriktikad (berkeyakinan) bahawa Allah jualah yang menolong kita melalui orang tersebut. Ini kerana kita kerap kali lupa kepada Allah apabila menghadapi sesuatu hajat atau masalah, lalu meminta pertolongan kepada sesama manusia dengan hati yang amat mengharapkan pertolongan daripada manusia itu semata-mata.

Firman Allah: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." [al-Mukmin : 60]


Perbahasan Istia'nah.

Apabila kita berbahas mengenai pertolongan iaitu istia'nah Allah kepada kita, kita tidak akan terlepas daripada memandang pertolongan itu sebagai Nasrullah atau bantuan Allah yang maha Kaya. Nasrullah lebih manfaatnya kepada golongan muslimin kerana bantuannya akan melemahkan musuh Islam dengan perantaraan tentera malaikat. Inilah bantuan yang dicita-citakan oleh para mujahidin.

Dalam bab istia'nah kita dibolehkan mendapatkan pertolongan daripada golongan kafir, munafiq, fasiq. Ini terbukti apabila Rasulullah saw telah membenarkan Abdullah Bin Ubai turut serta dalam beberapa siri peperangan baginda. Juga peristiwa Abu Mahjan yang mabuk menyertai peperangan menentang Parsi.

Dalam meminta pertolongan kaum kafir ulama' berkhilaf:

* Imam Malik dan Ahmad tidak mengharus secara mutlak.
* Imam Abu Hanifah mengharuskan dengan syarat Islam yang mendominasi.
* Imam Syafii'e mengaruskan dengan syarat umat Islam benar-benar terdesak dan golongan kufur cenderung kepada kita.

Rasulullah saw pernah menghantar tamar dan memberi 5 ratus dinar kepada Quraisy Mekah semasa dilanda kemarau. Jadi sini kita boleh meminta pertolongan dalam persefahaman yang membawa kearah kebaikan (tahalluf), dan boleh memberi pertolongan juga kepada mereka, atas sifat Rahman dalam jiwa pendakwah.

TAFSIR AL-FATIHAH: Malikiyawmiddin... (Peringatan aqidah, Hari yang tiada alasan, Ingatlah kerajaan... Ingatlah pemerintah...)


Maalik (Yang Menguasai)
Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.

Ayat ini merupakan pokok kepada akidah umat Islam bahawa percaya kepada:

1. Hari pembalasan
2. Allahlah yang menguasai hari pembalasan. Allah yang menguasai hari pembalasan dan tidak boleh tidak kita akan kembali kepadaNya.

Ayat ini juga memberi kita satu rasa kelegaan bahawa yang mengusai dan mengendalikan hari pembalasan ialah Allah yang Maha Adil. Ini kerana ramai yang merasakan bahawa undang-undang dunia ada yang tidak adil dan tidak mungkin dapat mengadili manusia seadil yang sepatutnya. Kemudian Allah menyatakan bahawa kerana Dialah yang menguasai hari pembalasan, maka tidak perlu dikhuatiri akan keadilanNya.



(1) Suatu Peringatan...
 
Apabila Allah menerangkan bahawa Dialah “Yang memiliki hari pembalasan”, ia memberi kesedaran kepada kita semua pada Hari Akhirat kelak, Allah jualah yang memiliki segala-galanya. Ini kerena ketika kehidupan di dunia ini, kita sering lupa kepada Allah, lupa kepada pelbagai nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita, lupa kepada sifat ar-Rahman dan ar-Rahim yang Allah limpahkan kepada kita. 

Sebenarnya, baik di kehidupan dunia mahu pun akhirat, Allah jualah pemiliki segala-galanya. Pemilik apa yang kecil mahu pun besar, pemilik apa yang dapat kita lihat atau yang tersembunyi. Namun kehidupan dunia yang serba menyenangkan ini sering menyebabkan kita lupa kepada Allah, lupa kepada pemilikian-Nya.
 
Ada pun di Hari Akhirat, suasana yang dahsyat lagi menggerunkan di sana menyebabkan manusia tidak lagi lupa. Mereka akui tanpa ragu bahawa Allah adalah Raja yang memiliki segala sesuatu.
 
Di sini terdapat hikmah mengapa Allah menyusun ayat "Malikiyawmiddin" selepas ayat "ar-Rahman al-Rahim". Ia seolah-olah memberi peringatan kepada kita semua bahawa dalam suasana kemurahan dan kasih sayangNya di dunia ini, janganlah kita lupa atau menyalah-gunakannya kerana setiap seorang dari kita akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan pada Hari Akhirat kelak.


(2) Hari Yang Tidak Ada Alasan
 
Ketika pengadilan di hari pembalasan kelak, kita tidak lagi diberikan kebebasan untuk berhujah, jauh sekali daripada membuat alasan bagi membela diri sendiri. Allah menerangkan hakikat ini dengan firman-Nya: 

"Pada hari itu lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. [al-Nur 24:24] 
 
Apabila kita membaca ayat-ayat di atas, hendaklah segera insaf tentang apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Tangan-tangan misalnya, hendaklah kita perhatikan apa yang kita taip dalam emel, SMS, Viber, WhatsApp, Facebook, Tweeter dan pelbagai lagi. Ini kerana tangan kita dengan sendirinya akan menerangkan apa yang kita taip di Hari Pembalasan kelak, khususnya jika ia merupakan sesuatu yang memburukkan orang lain, membuat fitnah dan menyebarkan gossip.
 
Apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis

Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah bertanya: “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”
Lalu (Rasulullah) menjelaskan: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.
Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu. Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. [Shahih Muslim: 2581]
 
Setiap kali kita membaca surah al-Fatihah, janganlah kita lupa kepada Hari Pembalasan. Hendaklah kita fikir dan renung apa yang kita sediakan untuk hari tersebut sebagaimana firman Allah: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan". [al-Hasyr 59:19]

 
(3) Ingatlah Kerajaan!!!

Di hari pembalasan ini Allah akan menyeru kepada semua penguasa dan raja agar dibandingkan dengan kekuasaanNya pada hari tersebut. Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Buruj, umpama tazkirah secara sindiran kepada golongan penguasa ini.

Allah melaknat golongan pemerintah yang menggunakan kekuasaan mereka untuk menghancurkan manusia yang lemah. Sebagai contoh kemunculan raja-raja Yahudi yang kemudiannya menggunakan kekuasaan untuk menghancur manusia beriman, [al-Buruj : 4-7],

قُتِلَ أَصْحَابُ الأُخْدُودِ(٤)النَّارِ ذَاتِ الوَقُودِ(٥)إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ(٦)وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ(٧)

"Binasa dan laknatlah orang-orang yang membuat parit. Yang berapi kayu bakarnya. Ketiak mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka buat terhadap orang-orang beriman".


(4) Nasihat Kepada Pemerintah.

Nasihat adalah perlu diberikan kepada golongan pemerintah secara berhikmah dan mengikut methodologi zaman. Para pemerintah memerlukan nasihat yang sesuai dengan statusnya. Bukan semua pemerintah akhir zaman boleh berlapang dada seperti Umar Al Khattabra

Lihatlah bagaimana Sheikh Daud al-Fatani menyelitkan bab Kerajaan dalam kitab terkenalnya berkenaan solat iaitu Muniatul Musolli. Lihatlah betapa seninya ulama' silam. Mereka memberi ingatan secara hikmah apabila Raja Patani ketika itu meminta beliau menyiapkan risalah berkenaan solat khusus untuk baginda. 

TAFSIR AL-FATIHAH: Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin... (Allah Tuhan alam, Semua manusia mempercayai, Persoalan pujian)


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam



ALHAMDULILLAH. 

Pujian Allah pada diriNya, sebenarnya mengandungi tuntunan kepada hambaNya supaya mereka memuji Allah, seakan-akan Allah memerintahkan, "Bacalah olehmu Alhamdulillah".

Perkataan "AL" pada alhamdu itu mengindikasikan bahawa tahmid hanyalah untuk Allah swt dan bukannya yang lain. Kita boleh berterima kasih kepada manusia, tetapi BERSYUKUR hanyalah untuk Allah swt. Di larang sama sekali bersyukur untuk manusia. Kerana itu, Al hamdullilah - tahmid/ syukur puji-pujian dan kesyukuran hanyalah untuk Allah semata-mata.

Ibn Abbas berkata, "Alhamdulillah adalah satu puji-pujian. Apabila seorang hamba berkata alhamdulillah, Allah berkata, "HambaKu telah memujiKu.'' (Riwayat Ibn Abi Hatim)

Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Seutama-utamanya zikir ialah "Lailahaillallah", dan seutama-utamanya doa ialah "Alhamdulillah". (HR. at-Tirmidzi, hadis Hasan Gharib).

Anas. bin Malik ra. berkata, Nabi saw. bersabda: "Tiadalah Allah memberi nikmat kepada seorang hambaNya, kemudian hamba itu mengucapkan "Alhamdulillah", melainkan apa yang diberi itu lebih utama daripada apa yang ia terima. (Yakni ucapan "Alhamdulillah" itu lebih besar nilainya dari nikmat dunia itu). (HR. Ibnu Majah).



RABBIL'ALAMIN.


Ar-Rabb adalah pemilik yang mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas harta miliknya. Ar-Rabb, dari segi bahasa bermaksud, penguasa atau seseorang yang mempunyai kuasa untuk memimpin. Apabila berdiri sendiri, perkataan ini hanyalah untuk Allah semata-mata.

'Alamin adalah perkataan jama' bagi Alam. Dari segi saintifiknya ini membuktikan bahawa Islam telah mengetahui bahawa alam ini adalah lebih dari satu alam (dunia) sahaja. Ada alam ghaib (malaikat, jin, syaitan) dan juga alam lain seperti planet bumi, bima sakti, adromeda, dan mungkin juga black hole, dan sebagainya.

Alam ialah segala sesuatu selain Allah. Maka Allah Rabb dari semua alam itu sebagai pencipta, yang memelihara, memperbaiki dan menjamin. Firman Allah: "Fir'aun bertanya, "Apakah rabbul alamin itu?" Jawab Musa, "Tuhan Pencipta, Pemelihara penjamin langit dan bumi dan apa saja yang di antara keduanya, jika kaMU mahu percaya dan yakin." [Al- Syu'ara: 23-24]



(1) Allah, Tuhan Alam Ini.
 

Keimanan dan pujian kita kepada Allah sebagai Rabb alam ini menjadikan kita hanya berharap dan berdoa kepada Allah apabila menghadapi sesuatu kesulitan, dan memanjatkan kesyukuran atas apa-apa kebaikan. Ini kerana hanya Allah sebagai Rabb alam ini yang dapat mengabulkan doa dan membantu kita. Hanya Allah sebagai Rabb alam ini yang layak kita katakan “Terima kasih” yang sebenar-benarnya.


(2) Semua Manusia Mempercayai
 

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), namun kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [al-Ankabut 29:63]

Apabila manusia percaya kepada kewujudan Allah sebagai Rabb alam ini, ia tidak cukup untuk menjadikan mereka sebagai seorang muslim. Ini kerana seorang muslim bukan sahaja beriman kepada Allah sebagai Rabb tetapi juga tunduk patuh kepada segala perintah dan larangan Allah. Seorang muslim akan menjadikan seluruh hidupnya kepada Allah sahaja, sebagai bukti pengakuan bahawa Allah sahaja adalah Rabb alam ini:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Rabb alam ini. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang pertama (berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)". [al-An’aam 6:162-163]
 
 
(3) Akan Tetapi… Persoalan pujian.



Bolehkah kita meminta pujian daripada manusia?




لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَواْ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ العَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan, dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa dan bagi mereka siksa yang pedih’ (ali-Imran : 188)

Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada golongan munafiq dan ahli kitab yang selalu menginginkan perhatian Rasulullah saw. Kononnya merekalah asal manusia yang berpegang dengan agama tauhid. Mereka mengatakan merekalah yang layak mendampingi Rasulullah saw dan bukannya golongan penyembah berhala jahiliyyah Quraisy. Inilah antara sebab Abdullah bin Saba’ mengasaskan fahaman Syiah apabila beliau tidak berjaya mendapat perhatian Khalifah Saiyidina Uthman ra.

Walaubagaimanapun kita dibolehkan meraih perhatian masyarakat terhadap organisasi kita. Kerana organisasi Islam adalah lambing dan syiar kemegahan Islam itu sendiri. Memang akan terdapat manusia di dalam jamaah itu yang akan berbangga dan riya’ dengan usahanya, akan tetapi keperatusannya amatlah sedikit berbanding dengan pujian individu.


Bagaimanakah sekiranya kita menunjukkan amal kita agar dilihat orang ramai?




إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang faqir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan –kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" [al-Baqarah : 271]

Disini kita melihat Allah tidak mecela amal yang ditunjuk orang. Tiada seorang manusiapun yang boleh membaca tahap riya’ atau keikhlasan manusia lain. Maka lantaran itulah amal yang dipertontonkan tidak boleh diklasifikasikan sebagai riya’ atau syirik kecil. Malah, amal yang mewakili organisasi Islam wajar dipertontonkan agar menjadi contoh, syiar dan method dakwah yang efficient. 

TAFSIR AL-FATIHAH: Bismillahirrahmanirrahim (Mencari rahmat Allah, Tidak putus asa dengan rahmat, Di sebalik Bismillah, Rahsia Basmalah)

 

BISMILLAH ( Dengan nama ALLAH )

Setiap pekerjaan yang baik, hendaklah dimulai dengan menyebut asma Allah, untuk mendapat berkat dan pertolongan rahmat Allah sehingga dapat selesai dengan sempurna dan baik. Juga untuk menyedari kembali sebagai makhluk Allah, bahawa segalanya bergantung kepada rahmat kurnia Allah. Hidup, mati dan daya upaya kita melakukan sesuatu semata-semata terserah kepada rahmat kurnia Allah.


AR-RAHMAN AR-RAHIM (Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih)

Al-Rahman bererti kasih sayang Allah yang Allah berikan kepada seluruh alam ini, meliputi bumi, langit, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia. Allah berfirman: Dan rahmat-Ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. [al-A’raf 7:156]


Rahmat Allah yang meliputi tiap-tiap sesuatu diperincikan oleh Rasulullah saw sebagai berikut: "Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Dari seratus rahmat tersebut, hanya satu yang diturunkan Allah kepada jin, manusia, haiwan jinak dan buas. Dengan rahmat tersebut mereka saling mengasihi dan menyayangi, dan dengan rahmat itu pula binatang buas dapat menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat Allah yang lain, maka hal itu ditangguhkan Allah, kerana Allah hanya akan memberikannya kepada para hamba-Nya yang soleh pada hari kiamat kelak". [Sahih Muslim: 4944]

Al-Rahim pula adalah kasih sayang Allah yang lebih khusus dan halus kepada orang-orang beriman yang dipilih-Nya. Perumpamaan al-Rahman dan al-Rahim ialah seperti seorang ibu. Secara umum seorang ibu akan menyayangi suaminya, ibubapa, adik beradik, saudara-mara dan rakan-rakannya. Namun kasih sayang seorang ibu kepada anaknya adalah lebih khusus dan halus, kerana anak tersebut dikandung dalam rahimnya selama sembilan bulan.

Firman Allah: "Al-Rahman ala al-'arsyi istawa", untuk menunjukkan bahawa rahmat Allah meliputi (memenuhi) seluruh Arsy. 
Dan firman Allah: "Wa kana bi al-mukminina rahima" (Dan terhadap kaum mukminin sangat belas kasihan). 



(1) Mencari Rahmat Allah.
   
- Membaca, menghayati, dan mempraktikkan al-Quran. Ini berdasarkan firman-Nya: "Dan ini sebuah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutinya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat". [al-An’aam 6:155] 

- Mendirikan sembahyang, berzakat serta membaca hadis-hadis Rasulullah saw dan mentaatinya, sebagaimana firman Allah: "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasulullah; supaya kamu beroleh rahmat." [al-Nur 24:56]
 
- Banyak meminta ampun kepada Allah, dengan banyak beristighfar kepada-Nya. Allah menyatakan: "Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat." [al-Naml 27:46]
 
- Menjaga hubungan dua hala sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam. Dalam erti kata lain, hendaklah berbuat baik kepada semua kerana Allah berfirman: "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (muhsinin)". [al-A’raf 7:56] 


(2) Tidak Putus Asa Dengan Rahmat
 
Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menulis di dalam KitabNya yang berada di sisiNya di atas Arasy (yang isinya): “Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan kemurkaanKu”. [Shahih al-Bukhari, no: 2955]
 
Allah berfirman: Katakanlah:“Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Zumar 39:53]


(3) Di Sebalik Bismillah

Tujuan membaca Bismillah adalah untuk menunjukkan bahawa konsep penyertaan qudrah Allah yang menyebabkan qudrat kita terlaksana. Betapa lemahnya kita sehingga setiap perilaku kita sebenarnya adalah daripada qudrah Allah yang maha berkuasa. Disebabkan itulah kita disarankan oleh jumhur ulama' untuk memulakan sesuatu tugasan dengan Bismillah. Sewaktu zaman jahiliyyah, kebanyakkan Quraisy menyertakan perilaku dan sumpah mereka atas nama Hubal, Latta dan Uzza serta Sya'biy sebagai tanda kebanggaan mereka pada tuhan sesat mereka. Islam memberi alternatif kepada umat Islam yang juga ingin mengizahkan Tuhan mereka dengan adanya Bismillah pada setiap surah kecuali surah al-Taubah. Namun dalam perilaku jahat, kita dilarang membacakan kalimah ini. Kepada sesiapa yang membaca Bismillah semasa membuat kemungkaran dengan tujuan menghina dan mencerca ayat suci maka tiada syak kufurnya itu.

Ulama' usuluddin tradisional berkata keseluruhan intipati al-Quran terpada pada al-Fatihah. Kekuatan al-Fatihah pula terletak pada ayat Bismillah. Kekuatan ayat ini ialah pada huruf ba' (ب). Huruf ini membawa maksud dengan, pengiringan dan maksud kebersamaan pembacaan al-Quran dan perilaku dengan Nama Allah. 


(4) Rahsia Basmalah.
 
- Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah
- Benteng daripada gangguan syaitan. 

Perhatikan tunjuk ajar Rasulullah berikut ini: "Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Basmalah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam." [Shahih Muslim: 2018] 

Rasulullah saw juga bersabda: "Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Basmalah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut Basmalah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah (Basmalah), tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah (basmalah), walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian." [Shahih Muslim: 2012]
 
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana mungkin syaitan membuka pintu rumah? Jawapannya, syaitan membuka pintu rumah dengan cara menghasut orang jahat atau pencuri untuk cuba memasuki rumah yang pintunya ditutup tanpa Basmalah. Demikian juga, makanan serta minuman yang ditutup dengan Basmalah tidak akan diganggu oleh syaitan, khasnya syaitan yang diutus oleh tukang sihir untuk menyakiti seseorang.
 

SURAH AL-FATIHAH DAN NAMA-NAMANYA.

Surah al Fatihah di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. 

Ia juga dipanggil Umm al-Kitab (ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Dalam hadis sahih riwayat Al-Tirmizi:
“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh ayat yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil al-Hamd dan al-Salah kerana Rasullulah saw bersabda dalam satu hadis Qudsi:
Al-Salah (al-Fatihah) dibahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Apabila hambaKu membaca “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin” maka Aku akan membalas “Hamidani ‘abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al-Fatihah dipanggil al-Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga dipanggil al- Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al-Ruqyah (penyembuh) kerana dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Sa’id, seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang diracun. Rasulullah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini adalah penyembuh?


Kesimpulan: Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al-Fatihah
2. Umm al-Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Sab’ Mathani)
4. Al-Hamd
5. Al-Salah
6. Al-Syifa
7. Al-Ruqyah

Monday, 6 May 2013

PRU 13

Rasa ingin berkongsi...

Walaupun terlalu sedih dengan kekalahan dalam menentang kezaliman BN, namun terlalu banyak pengajaran yang bermain di fikiran ini. Walaupun mereka yang tidak pernah mengerti erti perjuangan menegakkan Perjuangan Islam sering memandang sinis dengan ungkapan " Kita tidak kalh tapi masih belum diberikan kemenangan oleh Allah".  Mana mungkin kita mengatakan Nabi Nuh tewas dalam usaha dakwahnya sehingga terpaksa mengambil masa 950 tahun tanpa menuai hasil yang memberangsangkan.
          Dengan peningkatan 89 perwakilan PR berbanding 133 perwakilan BN, tidak mungkin sesiapapun menafikan pertambahan kemenangan bagi PR jika dinilai dari sudut kemenangan 82 perwakilan PR berbanding 140 perwakilan BN dalam pilihanraya lepas. Ini belum lagi diambilkira melalui peningkatan undi popular yang masih menyebelahi PR berbanding BN.
          Walaupun kehilangan Kedah dan Perak, namun BN sebenarnya tidak lagi boleh mendabik dada lantaran BN sudah kehilangan talian hayat melalui beberapa negeri yang dulunya seolah-olah kubu kuat mereka seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah. Kemenangan majoriti 2/3 di semua negeri yang dimenangi PR iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan pastinya menyesakkan dada pihak Barisan Nasional. 
        Apa yang menarik pada PRU13 kali ini adalah penguasaan Cina dalam hampir kesemua kerusi yang ditandingi oleh mereka melalui wadah DAP. Dengan hanya tinggal 6 kerusi parlimen yang dimenangi MCA berbanding 15 kerusi pada PRU12, dan hanya 1 kerusi milik Gerakan berbanding 2 kerusi pada pilihanraya lepas, bolehlah dianggap bahawa MCA dan Gerakan sudah tidak begitu relevan bagi Barisan Nasional. Umno sepatutnya sudah mampu bertindak meminggirkan mereka jika mereka benar-benar mengasaskan perjuangan mereka terhadap bangsa Melayu sebagaimana hujahan mereka agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
      Bagaimana mungkin rakyat boleh menerima keputusan ini memandangkan di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu, PR tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN walaupun kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut. Ini ditambah lagi dengan penglibatan pengundi-pengundi Bangla yang dilihat sebelah mata oleh pihak SPR. Apapun kita tetap terpaksa redha dengan ketentuan Allah, walaupun keredhaan itu tidak menafikan hak kita untuk menyatakan rasa tak puashati dengan penipuan yang dilakukan.
       Apa yang membimbangkan dengan keputusan ini adalah apakah hala tuju pemikiran bangsa Melayu dan ke manakah kita akan dibawa selepas ini. Dengan kempen racist secara berterusan menggunakan slogan DAP adalah komunis dan Pas menjadi kuda tunggangan DAP amat jelas begitu berkesan meracuni pemikiran bangsa Melayu. Apakah salahnya strategi PAS yang meletakkan calon yang lebih banyak daripada DAP, namun DAP yang lebih banyak mendapat kemenangan. Apakah wajar DAP dicanangkan sebagai memperdayakan PAS sedangkan kesemua ahli dan penyokong DAP mengundi PAS tetapi malangnya ahli dan penyokong UMNO yang gagal menyokong bagi memberikan kemenangan kepada PAS.
      Wajarkah kita berterusan menghina dan memandang serong kepada orang Cina sedangkan mereka hanya bersatu untuk meruntuhkan BN dimaklumi menzalimi rakyat yang tidak bersama mereka.  Dengan manifesto PR yang begitu jelas mendahulukan rakyat merangkumi peningkatan taraf hidup dan pendapatan rakyat serta pengurangan kos sara hidup, ianya mampu menarik perhatian kaum Cina berbanding Melayu yang lebih terfokus kepada rasa terhutang budi terhadap pemberian One-Off seperti BRIM dan retorik kebimbangan terhadap terjejasnya ketuanan Melayu yang hakikatnya hanya tinggal sejarah semata-mata.
       Ini semua membayangkan perbezaan yang amat ketara dalam corak pemikiran Bangsa Melayu dan Bangsa Cina. Tidak hairanlah kerana Bangsa Cina adalah bangsa yang jauh lebih awal memiliki tamadun kemanusiaan di Negara China berbanding Kesultanan Melaka. Dari sudut keagamaan, Bangsa Cina jauh lebih awal menerima Islam berbanding Bangsa Melayu sehingga tidak keterlaluan jika diistilahkan Bangsa Melayu adalah Muallaf jika dinisbahkan kepada Bangsa Cina. Maka Bangsa Cina hanya tidak mengungkapkan dua kalimah syahadah sebagaimana kita sedangkan nilai-nilai Islam lebih banyak dimiliki dan dihayati oleh mereka berbanding kita.
         Apa yang pasti tugas kita masih terlalu banyak dalam membangunkan pemikiran Bangsa Melayu dan corak pemikiran mereka. Keputusan pilihanraya tetap merupakan satu ketetapan Allah yang perlu kita terima bersama. Namun ada beban dan amanah yang amat berat sedang menanti kita terutamanya mereka yang menerima anugerah ilmu agama daripada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis