Sunday, 24 February 2013

Antara berteman dan menyendiri... Pilihlah yang lebih baik.


"Teman duduk yang baik lebih lebih utama daripada menyendiri... Manakala menyendiri lebih baik daripada bergaul dengan teman yang buruk..."

- Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (Sohibul Ratib)


Friday, 22 February 2013

Sabar itu ada batasnya...


Ya, sabar itu ada batasnya.... dan batasannya ialah keMATIan...
 
 
Andai semasa hidup dirasakan kesabaran kita telah tiba kemuncaknya, telah mancapai hadnya, dan kita sudah tidak mampu bersabar lagi, maka ia bukanlah satu kesabaran, kerana sabar itu tiada batasnya selagi nadi berdenyut...
 
 
 
Dan sabar itu, bukanlah untuk kepentingan diri kita atau demi untuk yang tersayang, sebaliknya sabar itu adalah untuk Allah, kerana menyahut tuntutan mahmudah, dan kerana merindui "sesuatu" yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya yang penyabar...
 
 
 
Justeru, ayuhlah kita bersabar dalam perjuangan masing-masing, perjuangan menuntut ilmu, perjuangan menuntut keadilan, perjuangan mengenal Tuhan, perjuangan menjadi hamba Tuhan, dan perjuangan dalam menegak dan menyebar agamaNya. Selamat berjuang... ingatlah janji dan ganjaranNya, dan teruslah bersabar!!!
 
 
 


Thursday, 21 February 2013

3IN1 - DAKWAH, LAWAK, BERHIKMAH...



So, jom ajak tunang, kekasih, buah hati anda semua gi dengar ceramah, datang majlis ilmu, dan seumpamanya.... ;-) Daripada keluar gi dating sini sana kan.... 



Wednesday, 20 February 2013

Suami, Sahabat, dan Abu Darda'.... "Era Baru".


Entah kenapa, tiba-tiba terjaga di malam hari... Barangkali kerana kepenatan, begitulah saya. Saat sepatutnya lena tidur kerana keletihan, saat sepatutnya lena tidur kerana gembira, namun saya tidak begitu. Sebaliknya saya hanya akan lena tidur di saat saya resah atau bimbang memikirkan sesuatu. Saya bersangka baik bahawa, mungkin itu antara rahmat dan kerehatan dari Tuhan buat saya menenangkan diri di saat gundah... walhal ramai manusia lain yang tak mampu melelapkan mata apabila dilanda masalah... Atau, mungkin juga kerana sifat saya yang sememangnya suka melupakan sebarang masalah. Sebab itu apabila ada masalah saja maka segera saya cari bantal, kerana bantal benar-benar melenakan saya dan membuatkan saya jauh dari memikirkan masalah.

Tetapi, suami sering mengingatkan, jangan lari daripada masalah, kerana kalau kita lari, masalah akan terus mengejar kita. Begitulah tiap kali saya tidur untuk melupakan masalah, pabila terbangun saja masalah itu terus muncul kembali. ... Kata suami, masalah harus didepani, dihadapi... Tetapi, dalam masa yang lain pula, suami mengatakan bahawa tidak semua masalah harus diselesaikan. Hmm, kedengarannya ia seperti dua prinsip yang berbeza, tapi sebenarnya ia boleh diselarikan. Itulah yang dikatakan "PRINSIP YANG FLEKSIBLE"... 

Terjaga di tengah malam, memang sukar untuk kembali beradu. Lalu berhajat untuk membaca. Buku??? Rasanya kurang sesuai... Apalagi, lalu laptop menjadi pilihan (bukan tidak suka pada buku, namun buku-buku semua telah tidur di waktu begini) :-)...  Tidak tahu topik apa yang ingin ditelusuri, maka teringat akan blog alfadhil suami, lalu mengintailah saya di lembaran miliknya. Sesaat dua, saya merasakan seperti beliau berada di sisi saya, menemani saya menuntut ilmu. Lebih indah, kalau kami membuka kitab bersama. Namun, tersedar daripada lamunan, bahawa rindu akan melemahkan saya, maka saya segera berusaha melupakannya, dan memberi sepenuh fokus terhadap bacaan saya. Kalau tidak dapat manfaat suami di sisi, dapat manfaat ilmunya pun memadailah untuk menguatkan langkah saya di kejauhan.

Lalu sampailah saya di salah satu posting khutbahnya (saya sangat suka membaca khutbah suami, yang saya rasakan ada ciri dan keunikan tersendiri - unik dari segi ilmu, olahan, dan penyampaiannya), tentang bahaya syiah Nusairiyah. Saya tidak berniat membincangkan isu Nusairiyah itu (kerana topiknya agak berat), saya cuma terketuk dengan salah satu komen di situ, tentang sahabt bernama Abu Darda'. 

Barulah saya sedari, masih kurangnya saya mengenali para sahabat Baginda Nabi Kekasih Allah saw. Saya biasa mendengarkan nama Abu Darda' itu, namun ter"buntu" sambil mengetuk-ngetuk dahi saya, untuk mengingatkan kisah Abu Darda', dan hampa... secebispun saya langsung tidak mengingatinya. :-) Bimakna, saya langsung tidak tahu, bukan tidak ingat!!! Maka, setelah tersedar akan kelalaian diri, akan bermulalah era saya mencari kisah-kisah para sahabat selepas ini. "Apa, penting sangatkah kisah para sahabat itu???"(hati malas saya mula mengacau semangat yang baru berputik).

Nah... bukankah sahabat itu adalah insan yang terdekat dengan junjungan kita Nabi Muhammad saw? Bukankah mereka insan yang mendapat tarbiyah terus daripada baginda saw? Ya, ilmu boleh kita warisi daripada baginda saw melalui kitab-kitab yang sampai di tangan kita melalui jalan para ulamak, namun terbiyah???? Setiap sahabat mempunyai saat dan sejarah tersendiri dengan Rasulullah saw, maka sayugialah kita yang merindukan Rasulullah saw membaca kisah-kisah para sahabat, untuk lebih merasa dekat dengan baginda, untuk merasai sentuhan tarbiyah baginda, dan untuk mengambil iktibar daripada kisah-kisah generasi sahabat yang sangat hebat itu....

In syaa Allah, kita akan mulakan dengan kisah Abu Darda' selepas ini....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis