Sunday, 25 November 2012

Tuntutan Beramal @ Berusaha... Dalam Berdakwah

Bukan hanya goyang kaki, atau menaruh harapan.... Allah meminta kita "melakukan sesuatu" amal, untuk meraih sesuatu tujuan...

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 [Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, dan sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebaikan, supaya kamu mendapat kemenangan.] -Al Hajj; 22:77

Oleh itu pendakwah hendaklah menjadi Rahban (Rahib) di malam hari dan Fursan (tentera berkuda) di siang hari, beribadah di malam hari berjuang di siang hari, 


وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ .......

 [Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.]-Al Hajj; 22:78


Muhammad Ahmad ar Rashid di dalam bukunya Al Muntalaq menyebut;

“Walau bagaimana dahsyatnya kerosakan, seorang Pendakwah tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan hamba-hamba Allah dari cara hidup Jahiliyyah kepada cara hidup Islam, mengeluarkan mereka dari Kesesatan kepada Hidayah, dari Kebatilan kepada Kebenaran dan dari Kezaliman kepada Ke’adilan.Segala kesangsian dan putus asa dalam proses Islah ini perlu segera dimusnahkan dengan detik-detik kesedaran.” 


Friday, 23 November 2012

QUNUT NAZILAH. Ada dalil, mengapa disangkal???



Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah) 

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

Kesimpulan,

Jadi, tiadalah masalah jika kita semua seluruh masyarakat Islam di mana jua, bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita.

Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis