Thursday, 11 October 2012

IBADAH KORBAN. Apakah sebenarnya yang dituntut???

TUNTUTAN BEKORBAN...

Ya, hampir majoriti umat Islam tahu, bahawa ibadah yang paling dituntut ketika Aidil Adha ialah ibadah korban. Sepertimana hadith Rasulullah saw yang bermaksud;

((Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.)) - Hadith riwayat at-Tirmizi.

Jadikan keteladanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam
sebagai cerminan keikhlasan hati dan ketaatan terhadap perintah Ilahi


Namun, apakah yang dituntut daripada ibadah korban itu sendiri??? 

Kembali kita merujuk kepada hadith di atas, ... "Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan..." Ya, itulah tuntutan sebenar di dalam ibadah korban itu sendiri, yakni "berlapang dada" dan "redha".

Begitulah, dalam apa jua "pengorbanan"  yang kita lakukan, hendaklah kita redha dengan pengorbanan itu, hendaklah kita ikhlas melakukannya, dan hendaklah kita tidak mengungkit walau apapun yang terjadi selepas pengorbanan itu... Begitu jugalah tuntutan berlapang dada, hendaklah kita berlapang dada dengan kehilangan sesuatu yang telah kita korbankan itu, kerana hakikatnya ia tidak pernah hilang, bahkan ia kekal dan berganda di sisi Tuhan.

Firman Allah: [[Perumapamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagia sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui]] (AlBaqarah : 261)  

Berlapang dada dan redha. Bukan kerana terpaksa, atau dipaksa oleh ibu ayah dan saudara mara... Bukan kerana ikut-ikutan, disebabkan ramai rakan-rakan atau jiran-jiran melakukanya, maka kita ingin sama-sama memeriahkan suasana penyembelihan itu... Bukan kerana ingin menunjuk, bahawa kita punya banyak wang atau kita adalah orang yang pemurah... 

Apa yang dinilai di sisi Allah, bukanlah nilai timbangan berat atau besarnya binatang tersebut, bukan juga daging itu yang sampai kepada Allah, tetapi apa bernilai di sisi Allah ialah, nilai ketaqwaan seseorang yang telah mendorong dirinya untuk melaksanakan ibadah korban itu, itulah yang akan sampai kepada Allah!!!

 Firman Allah: [[Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.....]] (Al-Hajj : 37)



Link yang berkaitan :

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis