Tuesday, 16 October 2012

IMAM ABU HANIFAH. GURAUAN MANDI HADAS


Seorang lelaki bertanya kepada Imam Abu Hanifah;

"Jika saya menanggalkan pakaian, lalu terjun ke sungai untuk mandi mengangkat hadas, ke arah manakah yang afdhal bagi saya mengadap? Apakah ke arah kiblat?"

Jawab Imam Abu Hanifah, "Lebih afdhal bagi kamu mengadap ke arah pakaian kamu supaya ia tidak dicuri!".

*Bergurau senda adalah fitrah manusia. Sebagai manusia, kita perlukan hiburan, dan senyum tawa yang sederhana. Oleh itu, para ulamak juga bersenda gurau dengan keluarga dan anak murid mereka. Namun, mereka sentiasa mencontohi Nabi saw dalam apa jua perbuatan... Kerana itulah, gurauan mereka jauh dari sia-sia atau lawak kosong, dan jauh dari unsur menipu yang membawa kepada dosa... 

Monday, 15 October 2012

JOHN STEINBECK. PENERIMA ANUGERAH NOBEL KESUSASTERAAN

Siapa John Steinbck ni? Sebenarnya akupun tak lah kenal sangat dengan John Steinbeck ni, tapi ada satu coretannya yang sangat memberi kesan ke dalam jiwa aku, tentang mencari pensel yang sempurna. Sangat berguna, dan tepat untuk menyedarkan kita yang selalu mencari kesempurnaan pada diri orang lain, tanpa menyedari kekurangan diri sendiri. 

For years I have looked for the perfect pencil. I have found very good ones, but never the perfect one. And all the time it was not the pencil but me. A pencil that is right some days is no good another day... (Journal of a Novel;, The East of Eden Letters, p:35)


Biografi Seorang Penulis bernama John Steinbeck (Penerima Anugerah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1962)


John Steinbeck (1902-1968), born in Salinas, California, came from a family of moderate means. He worked his way through college at Stanford University but never graduated. In 1925 he went to New York, where he tried for a few years to establish himself as a free-lance writer, but he failed and returned to California. After publishing some novels and short stories, Steinbeck first became widely known with Tortilla Flat(1935), a series of humorous stories about Monterey paisanos.


Steinbeck's novels can all be classified as social novels dealing with the economic problems of rural labour, but there is also a streak of worship of the soil in his books, which does not always agree with his matter-of-fact sociological approach. After the rough and earthy humour of Tortilla Flat, he moved on to more serious fiction, often aggressive in its social criticism, to In Dubious Battle (1936), which deals with the strikes of the migratory fruit pickers on California plantations. This was followed by Of Mice and Men (1937), the story of the imbecile giant Lennie, and a series of admirable short stories collected in the volume The Long Valley (1938). In 1939 he published what is considered his best work, The Grapes of Wrath, the story of Oklahoma tenant farmers who, unable to earn a living from the land, moved to California where they became migratory workers.



Among his later works should be mentioned East of Eden (1952), The Winter of Our Discontent(1961), and Travels with Charley (1962), a travelogue in which Steinbeck wrote about his impressions during a three-month tour in a truck that led him through forty American states. He died in New York City in 1968.

From Nobel Lectures, Literature 1901-1967, Editor Horst Frenz, Elsevier Publishing Company, Amsterdam, 1969
This autobiography/biography was written at the time of the award and first published in the book seriesLes Prix Nobel. It was later edited and republished in Nobel Lectures. To cite this document, always state the source as shown above.
 John Steinbeck died on December 20, 1968.


Friday, 12 October 2012

AR-RAZZAQ. Yang Maha Memberi Rezeki...

Daripada akhi Ahmad Fahmi C Nordin, daripada Habib Umar al-Jaylani daripada Syeikh Ali Tantawi........

Seorang pegawai dari Afghanistan diarah ke sebuah negara berideologi komunis untuk urusan tertentu. Akibat sukar untuk mendapatkan makanan halal di sana, beliau meminta isterinya memasak 2 ekor ayam sebagai bekal. Tiba saja di negara itu, beliau dapat panggilan supaya pulang semula ke negaranya. Lalu beliau terlihat seorang wanita miskin. Beliau pun memberikannya bekal yang belum sempat dijamah. Ketika pulang beliau berfikir. Rupanya Allah menghantarnya ke negara itu hanya untuk membawa 2 ekor ayam kepada seorang miskin di sana...  

 

Nyatalah, rezeki itu urusan Allah. Allah akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak kita sangkakan... Dan kita pula adalah alat untuk Allah menampilkan sifatnya yang Maha Memberi Rezeki...

Doa mohon murah rezeki: Allahu latifun bi 'ibadihi
yarzuqu man yasha' wahual qawiyul aziz... (Asy-Syura: 19)
Link yang berkaitan:
- HATI EMAS. Hati seorang pemandu teksi...

Thursday, 11 October 2012

IBADAH KORBAN. Apakah sebenarnya yang dituntut???

TUNTUTAN BEKORBAN...

Ya, hampir majoriti umat Islam tahu, bahawa ibadah yang paling dituntut ketika Aidil Adha ialah ibadah korban. Sepertimana hadith Rasulullah saw yang bermaksud;

((Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.)) - Hadith riwayat at-Tirmizi.

Jadikan keteladanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam
sebagai cerminan keikhlasan hati dan ketaatan terhadap perintah Ilahi


Namun, apakah yang dituntut daripada ibadah korban itu sendiri??? 

Kembali kita merujuk kepada hadith di atas, ... "Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan..." Ya, itulah tuntutan sebenar di dalam ibadah korban itu sendiri, yakni "berlapang dada" dan "redha".

Begitulah, dalam apa jua "pengorbanan"  yang kita lakukan, hendaklah kita redha dengan pengorbanan itu, hendaklah kita ikhlas melakukannya, dan hendaklah kita tidak mengungkit walau apapun yang terjadi selepas pengorbanan itu... Begitu jugalah tuntutan berlapang dada, hendaklah kita berlapang dada dengan kehilangan sesuatu yang telah kita korbankan itu, kerana hakikatnya ia tidak pernah hilang, bahkan ia kekal dan berganda di sisi Tuhan.

Firman Allah: [[Perumapamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagia sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui]] (AlBaqarah : 261)  

Berlapang dada dan redha. Bukan kerana terpaksa, atau dipaksa oleh ibu ayah dan saudara mara... Bukan kerana ikut-ikutan, disebabkan ramai rakan-rakan atau jiran-jiran melakukanya, maka kita ingin sama-sama memeriahkan suasana penyembelihan itu... Bukan kerana ingin menunjuk, bahawa kita punya banyak wang atau kita adalah orang yang pemurah... 

Apa yang dinilai di sisi Allah, bukanlah nilai timbangan berat atau besarnya binatang tersebut, bukan juga daging itu yang sampai kepada Allah, tetapi apa bernilai di sisi Allah ialah, nilai ketaqwaan seseorang yang telah mendorong dirinya untuk melaksanakan ibadah korban itu, itulah yang akan sampai kepada Allah!!!

 Firman Allah: [[Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.....]] (Al-Hajj : 37)



Link yang berkaitan :

 

Wednesday, 10 October 2012

Selagi semuanya Allah...

Bekerja kerana Allah...

Selagi berada atas dunia, dan selagi kita bernama manusia, selagi itulah pandangan mata dan akal kita berbeza. Meski melihat dari sudut yang sama, tetapi dimensinya tetap berbeza. Perspektif manusia terbentuk daripada ilmu dan pengalaman hidup masing-masing. 

Menangis hanya kerana Allah...


Kerehatan:

Seorang sufi merasakan masa rehat dan tidurnya itu tetap dalam perjuangan, kerana dia sentiasa mengerah hatinya agar terus berzikir dan berzikir tanpa henti...

Seorang pejuang merasakan pertempurannya di medan jihad itu sebagai satu kerehatan, apabila dia membayangkan ganjaran syurga dan bidadari yang menanti tatkala dia beroleh syahid nanti...

Hakikatnya, kerehatan mahupun perjuangan, kedua-duanya tetap mulia selagi disandarkan kepada Allah. Selagi mereka memandang Allah, Allahlah yang akan mereka lihat. Dan selagi mereka mencari Allah, Allahlah yang akan mereka temui...

*Semoga, apapun yang kita buat, apapun yang kita fikir, apapun yang kita kejar, dan apapun yang kitat tinggalkan, semoga semuanya dari Allah, kerana Allah, untuk Allah... LILLAHI TAALA...


Ayuhai blogger, menulislah kerana Allah...
 
Menaip, mengarang, ikhlaskanlah semuanya kerana Allah...

Aku mengasihimu kerana Allah...
Uhibbuki fillah...
Nikahilah aku kerana Allah... :-)
Nikah itu ibadah...


Tuesday, 9 October 2012

HATI EMAS. Hati Seorang Pemandu Teksi...

Aku selalu berangan untuk jadi orang paling baik dalam dunia ni, orang yang punya hati paling pemurah, hati paling bersih dan selalu bersangka baik dengan orang, dan yang lebih penting, bersangka baik dengan Allah, dengan setiap taqdirnya. Kerana itu, aku memilih Hati Emas sebagai blog, agar aku punya hati yang sangat bernilai, sebuah hati disaluti emas berkilau dan bernilai... Namun, aku telah bertemu hati emas sebenar, yang benar-benar wujud di dunia ini, bukan sekadar impian dan angan-angan. Aku tak sengaja berjumpa pakcik berhati emas itu di blog ustaz Pahrol. Insya Allah, jom kita berkongsi kisah hati emas ini...

HATI SEORANG PEMANDU TEKSI…

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.

“Kenapa masih bekerja Pak cik?”

“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.

Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.

“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.

“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.

“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.

“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.

Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya. Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.

“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”

“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang. Hebat, inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu disampaikan oleh para ustaz,  sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.

“Awal Pak Cik dah keluar? Lepas Subuh terus bekerja?”

Pagi-pagi ni murah rezeki. Pak Cik suka mula awal tetapi habis awal. Malam boleh tumpukan kerja lain.”

“Malam pun Pak Cik kerja juga?”

Bukan kerja… Pak cik ikut kuliah-kuliah agama, belajar tajwid semula dan kadangkala ikut dalam majlis zikir. Itulah kerja Pak Cik yang dah berumur ni.”

Subhanallah, sekali lagi Pak Cik ini mengamalkan apa yang disebut dalam Al Quran ‘fa iza faraghta fan sab’ – maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), maksudnya selesai satu ibadah, kita sambung terus dengan ibadah yang lain pula. Tidak ada istilah rehat yang hakiki di dunia. Kita beribadah ‘around the clock’ – sepanjang waktu. Rehat hanya di syurga.

“Pak Cik dulu mengaji agama di mana?” aku terus mencungkil.

“Pak cik tak pernah mengaji agama secara rasmi. Dulu sekolah kebangsaan sahaja. Apa yang Pak cik dapat hasil mendengar sahaja. Mengaji dengar-dengar, kata orang. Kadangkala di masjid, di surau, dalam radio atau melalui perbualan-perbualan biasa.”

“Apa yang Pak Cik cari  semasa mengaji secara dengar-dengar tu?”

“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”

Aku senyum. Memang luar biasa Pak Cik yang kelihatan biasa-biasa ini. Aku mendapat berita Pak Cik ini pernah memulangkan wang berjumlah RM 5 ribu yang tertinggal oleh penumpang dalam teksinya. Pernah juga dia bergelut dengan lelaki yang cuba merompak teksinya. Keberanian, kejujuran dan istiqamahnya menjaga solat jemaah sangat aku kagumi.

“Sekarang ni mudah dapat pelanggan?”

“Ada kala mudah, ada kalanya payah. Tak menentu. Sekarang ni susah nak jangka.”

“Kalau pelanggan tidak da bagaimana?”

“Tu, CD kuliah-kuliah agama. Pak Cik habiskan masa dengan dengar kuliah agama. Kalau letih mendengar Pak Cik cubalah zikir sedikit-sedikit. Rezeki tetap ada. Tidak dalam bentuk duit, kita dapat dalam bentuk ilmu.”

“Pak Cik sihat? Tak da sakit-sakit?”

“Sakit tu mesti ada. Badan dah tua. Lenguh-lenguh, sakit urat. Tetapi yang berat-berat tu tak adalah. Alhamdulillah.”

“Pak Cik makan makanan tambahan? Food supplement?” jolok aku.

“Tak da. Pak Cik cuma jaga makan dan joging. Tubuh kita ni bukan kita punya… kena jaga baik-baik.”

“Eh, Pak Cik, sepatutnya yang kita punyalah kita kena jaga baik-baik.”

“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”

Terkedu aku dengan jawapan itu. Dalam hati aku mengagumi orang seperti Pak Cik ini. Orang tua yang ‘simple’, tenang dan punya prinsip yang tepat dan jelas dalam hidup. Dia bukan sahaja memandu teksi tetapi dia benar-benar memandu kehidupannya. Individu yang dianggap marhaen ini rupanya punya ‘hati emas’. Isi cakap dan sikapnya semuanya Al Quran dan Al Hadis, walaupun dia tidak petah menuturkan ayat Al Quran dan lafaz hadis. Sesungguhnya, dia jauh lebih baik daripada para ustaz mahupun orang yang digelar alim, yang mulutnya berbuih dengan ayat Quran dan Al hadis tetapi praktik, hati budi serta gaya hidupnya berbeza dengan ayat Quran dan Al hadis yang menjadi perhiasan lidahnya!.

Kisah Pak Cik pemandu teksi ini mengingatkan aku kepada budak gembala kambing yang diuji oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar Al Khattab di tengah padang pasir. Apabila Sayidina Umar mengatakan bahawa tuan punya kambing tidak akan tahu jika budak gembala itu menjual seekor kambing secara senyap-senyap, budak itu lantas berkata, “kalau begitu di mana Allah?”

Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang dijualnya walaupun disuruh oleh ibunya berbuat demikian.

“Kita tidak boleh mencampurkan susu ini dengan air ibu. Amirul Mukminin Sayidina Umar telah melarang perbuatan ini.”

“Ah, kita di dalam rumah kita. Bukankah ini waktu malam? Umar tidak akan tahu,” balas ibunya.

“Tapi Tuhan Umar tahu! Allah tahu ibu.”

Kata-kata budak gembala kambing, “kalau begitu di mana Allah?”  dan gadis penjual susu, “tetapi Tuhan Umar tahu,” sesungguhnya bukan Al Quran dan bukan hadis tetapi rohnya, isinya dan mesejnya sejajar dengan Al Quran dan hadis. Itulah natijah pemikiran dan jiwa yang telah dibentuk oleh iman, lafaz kebenaran boleh jadi diluahkan dalam bahasa pertuturan yang biasa-biasa sahaja tetapi jika dicari dalil dan hujahnya dalam Hadis dan Al Quran, pasti ditemui.

Kembali kepada cerita Pak Cik pemandu teksi yang menjadi teman bual aku di serambi masjid selepas sama-sama mengerjakan solat Asar tadi.

“Pak Cik, apa yang paling susah sewaktu bekerja sebagai pemandu teksi ni?”

“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah. Pelanggan maki kita, kita balas dengan senyum. Orang herdik kita, kita minta maaf. Orang cuba tipu kita, kita mengelak dengan baik.”

“Mengapa begitu Pak Cik?”

Dia terdiam. Setelah merenung agak panjang beliau berkata,  “ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”

Sekali lagi Pak Cik pemandu teksi ini telah menuturkan hikmah yang pernah disampaikan oleh Sayidina Ali. “Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, “ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”

Dan sesungguhnya itulah juga inti pati ayat Al Quran, surah Fussilat: 34 yang bermaksud, “ tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada mu dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Setelah bersalaman, Pak Cik pemandu teksi itu menuju teksinya.

“Ada janji dengan pelanggan. Assalamualaikum,” katanya, terus memandu teksinya dengan ceria. Aku? Aku terus duduk di tangga masjid sambil menghitung diri. Bolehkah aku meneladaninya? Bolehkah aku membalas kejahatan dengan satu kebaikan? Atau aku akan terus sibuk mencari dalil dan fakta untuk bahan tulisan atau ceramah sedangkan ada insan lain yang jauh lebih ikhlas telah mengamalkannya dalam kehidupan? Ya, alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya? Begitulah perumpamaannya…


Monday, 8 October 2012

Petua Tradisional Untuk Kulit...


Entah kenapa, tiba-tiba datang keazaman yang bersungguh-sungguh untuk aku menurunkan berat badan... Maka akupun merewang-rewaglah di blog-blog orang melihat-lihat petua untuk kurus itu. Tetapi, banyak pula petua lain yang aku terjumpa. Jadi, alang-alang aku dah jumpa, ada baiknya aku simpan dan share pula dengan orang lain. Manalah tau, satu hari nanti diperlukan, senanglah cari saja dalam blog ini.  


Caranya :
- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.


Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun


Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. 
5.Bilas dengan air dan biarkan kering.

* Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.


Cara-caranya:
-Ambil sedikit susu tepung bayi.
-Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat.
-Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit.
-Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.
-Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan..

Sumber : adieyza.blogspot.com



Entri berkaitan:


Sunday, 7 October 2012

ED OSMERA. Pelakon Kelantan...

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). 
 
 
Ed Osmera mula berlakon menerusi filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti Lain Jalan Ka Shorga (1967). Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969). Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doctor Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974).Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).
 
Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974). Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun. Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).
 
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (63) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2008. Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 64. 
 
Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr....Al-Fatihah (sumber : adisaufi.blogspot.com)

Saturday, 6 October 2012

Nekad yang Tak Mampu Dipertahan

Masa di sekolah lama, aku sangat berminat untuk mendalami ilmu agama. Tetapi, disebabkan aku mendapat A dalam semua subjek semasa PMR, maka aku ditawarkan memasuki kelas aliran Sains. Waktu itu, ramai kawan-kawan seangkatan telah keluar dari sekolah tersebut. Biasalah, budak-budak sekolah agama suka keluar asrama bila masuk Tingkatan 4, ada yang masuk Sekolah Teknik, asrama penuh, dan juga sekolah harian biasa. Minggu tersebut adalah minggu "surat-surat tawaran" diterima. Maka banyaklah yang telah keluar dan pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah baru mereka.

Aku tak pedulikan itu semua, kerana aku dah beritahu mak, kalau ada apa-apa tawaran, tolak je, tak perlu bagitau, aku tak minat nak tukar sekolah. Kawan-kawan sibuk bertanya, aku takde nak pindah mana-mana ke? Ringkas saje jawapan aku, kalau aku dapat masuk kelas 4 Thanawi, aku akan kekal. Waktu itu, kelas 4 Thanawi adalah kelas yang menempatkan mereka yang ketiga tercorot dalam keputusan PMR, kelas ketiga terakhir. Kelas itu adalah kelas agama, namun ada subjek Thanawi yang harus diambil. Aku benar-benar hairan dengan pentadbiran sekolah pada masa itu, kenapa orang yang teruk diletak dalam kelas agama, sedangkan subjek agama lebih banyak, nak hafal pelbagai subjek dalam bahasa Arab, bukankah itu juga memerlukan pelajar yang cerdas otaknya??? 


Tapi, hujung minggu itu, mak dan ayah datang ziarah aku. Kami sembang dan makan-makan, hinggalah saat mereka dah nak bertolak balik, ayah mengunjukkan sebuah sampul surat, tawaran ke asrama penuh! Aku melihat tarikhnya, ternyata dah lewat kalau nak pergi. Patutnya kalau nak pergi, dah seminggu aku mengemas. Aku pun senyum jelah dan hulurkan semula sampul itu kepada ayah. Namun ayah memprovok aku, ayah cakap macam-macam. Akhirnya, ayah kata, kalau nak balik, pergilah kemas barang, ayah tunggu!!! Aku benci betullah, ayah memang pandai psiko dengan cara halus, aku selalu tewas dengan ayah. Akhirnya berkubur jelah niat aku nak ambil Thanawi, dan itulah hari terakhir aku menginap di asrama itu...

*Sungguh, penghijrahanku tanpa diduga. Nekadku terpaksa kulupa... Begitulah hidup ini, tak semua yang kita nekad akan terus kita perjuangkan... dan tak semua yang kita hindari akan terus kita tinggalkan... Allahlah yang memegang hati-hati kita, dan membolak-balikkan hati kita... Aku tak pernah menyesal dengan ketetapan Allah, kerana kuyakini di hujung jalan nanti pasti kutemukan hikmah....
  

Friday, 5 October 2012

TAKUT & HARAP. Habib Umar bin Hafiz


Sifat takut (khauf) dan harap (raja') ini, harus ada dalam setiap diri hamba. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, tidak juga boleh dipilih hanya salah satu. Andai hanya takut yang ada, dibimbangi ketakutan yang melampau membawa kepada rasa putus asa. Sebaliknya, andai hanya rasa harap sahaja yang ada, dibimbangi kita tertipu dan terpedaya dengan harapan semata. 

Takut kepada Allah, ialah takut akan azabNya, dan tidak takut akan selain daripadaNya.

Harap kepada Allah, ialah mengharap rahmat dan keampunanNya, serta mengharap pertemuan denganNya.


Kata-kata Imam Syafie ketika hampir wafat, yang menunjukkan rasa takut dan harap beliau:

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar. 
 

Thursday, 4 October 2012

Saya mungkin lebih lemah... Bergandinganlah kita semua...

Kalian sangka mereka yang banyak berbiara tentang agama 
adalah yang paling baik agamanya...
Hakikatnya, dia mungkin lebih lemah agamanya 
berbanding kalian...
Bicaranya sebenarnya adalah peringatan buat dirinya sndiri, percayalah!!!

Ada manusia  memilih untuk berdakwah,
bukan kerana dia insan terbaik...
Tetapi kerana berusaha untuk menjadi yang terbaik...
Sambil berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan...


Berdakwah bukan hanya untuk orang baik...
tetapi juga untuk yang tidak baik menjadi baik.

Berdakwah bukan hanya untuk menjadi baik...
tetapi juga untuk mempergiatkan usaha beristiqamah
agar dapat menjadi lebih baik di sisi-Nya!!!

Saya mungkin lebih lemah dari kalian, jadi, ayuhlah kita bersama untuk sama-sama memperbaiki diri, menerima kelemahana orang lain, dan bergandingan dalam usaha mentarbiyah dan berdakwah. Semoga setiap kita ada sumbangan untuk agama...


Entri berkaitan:
- Ilmu Untuk Dikongsi. Bukan Untuk Dibangga dan Dijual-Beli. 

Wednesday, 3 October 2012

Sabar - Aku memilih kehidupan yang lebih INDAH...



Ternyata, kesabaran itu bukanlah mudah.... Justeru, ganjarannya sangatlah indah! Saat kesabaranku "di"goncang, saat imanku "ter"goncang, mujur Allah masih sayang. Masih ada sisa titik putih dalam hatiku, meski dipenuhi titik hitam di segenap ruang qalbu. Allaaahhh... tiadalah daya dan kekuatan di sisiku untuk bersabar, melainkan dengan inayahMu jua.

Mujur, aku berkawan dengan "si penjual minyak wangi". Keharumannya turut mengharumkan aku. Saat aku membuak bercerita penuh emosi, dia berbicara tenang penuh diplomasi. Aku tahu, bicaranya selamba, tak sengaja... tetapi makna kalamnya itu, Tuhan jadikan ia menjentik hati sanubariku.

Saat dia mengatakan, "Buatlah sesuatu yang ikhlas mengikut hatimu"... ruh ku telah tersentak! Batinku telah menangis! Itulah nasihat paling beerti, mengingatkan aku pada baginda Nabi.... saw. Apakah ada ikhlas lain di muka bumi ini, selain melakukan sesuatu hanya kerana Allah... Dan layakkah aku membenci dan mencaci orang lalu aku mendakwa aku melakukannya ikhlas kerana Allah??? Allah... Runtuh segala keegoanku, ranap segala kemarahanku.

Namun, namanya pun manusia, meski hati telah ditundukkan oleh Allah, namun masih ingin menunjuk ego di hadapan manusia lain. Lantas aku terus berbicara dengan omongan yang sia-sia, tiada nilai di sisi Tuhan. Terus-terusan aku meluah isi hati yang emosi, perasaan yang kepanasan. Biar "si penjual bunga" tahu, aku bukan bunga yang mudah dipetik olehnya untuk dibuat haruman. Aku adalah lebah yang garang dan menyengat. Itulah ego manusia di hadapan seorang manusia yang sedarjat dengannya.

Namun, inilah hakikatnya. Hamba tak mampu ego dihadapan Rabb nya. Sejak makna kalamnya menjentik hatiku, aku telah bernekad memadam kemarahan itu di hatiku, melupakan, lagi memaafkan. Bukankah, kemaafan adalah dendam yang terindah??? Aku memilih kehidupan yang lebih indah, seperti nasihat Habib Syech di atas. Terima kasih Habib Syekh... Terima kasih wahai "si penjual minyak wangi". Meskipun kau bukan sesiapa, meskipun kau hanya al-faqir dan pengemis, namun kau menjadi perantaraan tarbiyah Tuhan ke atas jiwaku. Terima kasih yang tak terhingga...

Monday, 1 October 2012

AMD PROCESSOR... Kelebihan dan Kekurangannya

AMD antara processor yang banyak digunakan untuk notebook atau netbook, terutamanya jenama ASUS. AMD adalah antara processor saingan paling hebat buat Intel. Ayuh kita lihat kelebihan dan kelemahan AMD, supaya mudah kita membuat keputusan untuk membeli gajet yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kita.


 Kelemahan:

- Mudah panas. Inilah masalah paling utama, dan masalah ini lah yang telah membunuh notebook ASUS Hitam kesayangan aku, pemberian dari lelaki yang paling aku sayang... Ini kerana power consumptionya yang agak besar. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang power consuption. So, siapa yang nak pilih AMD, sila pastikan anda guna kipas tambahan ok?!
*Peringatan: jangan guna lebih dari 5 jam tanpa henti.
- Untuk produk quadcore, lebih baik beli Intel walaupun dualcore, AMD telalu jauh bezanya.
- Tak berapa bagus untuk design mendesign (Photoshop misalnya)
- Kalau sekadar untuk menaip dan dengar musik, atau buat kerja internet, pilihlah Intel sahaja.


Kelebihan:

- Hebat buat kerja! Memang hebat, laju, sekali klik terus keluar, anda akan puas hati.
- Walaupun prestasinya sedikit rendah berbanding Intel (hanya sedikit rendah sahaja, boleh jadi sama hebat), tapi harganya jauh lebih murah berbanding Intel.
- Untuk produk dualcore, AMD sama je bagusnya dengan Intel.
- Sangat sesuai untuk yang suka main game. Kalau anda memang peminat games, tiada pilihan lain, pilihlah AMD, cuma sila pastikan sokongan cooler tambahan ok?!
- Image yang bagus, kalau nak tengok movie, confirm takde pecah-pecah atau sangkut-sangkut.
- Kelebihan mengenal pasti data yang mempunyai virus dan malware, jadi lebih selamat sikit.

Oklah, cukuplah setakat perbezaan asas ini sahaja kot. Jadi, saya buat kesimpulan begini...belilah AMD, kalau...

1. Kalau anda kurang bergerak, lebih baik pilih AMD, sebab boleh pasang kipas, cooler dn macam-macam untuk kurangkan kepanasan. Tapi kalau andai suka bergerak, macamana pulak nak pasang kipas dan cooler semua. Lebih baik beli Intel, insyaAlllah takde masalah panas langsung.

2. Kalau anda kerja laju, tapi tak lama, kurang 5 jam, lebih baik pilih AMD, tapi kalau anda nak mengadap lebih dari 5 jam, lebih baik beli Intel.

3. Kalau anda nak juga AMD, carilah jenama notebook / netbook / laptop yang boleh beli enxtended waranty, tambah lagi 2 tahun, so 3 tahun warranty semuanya. Jadi, kalau kipas rosak, boleh hantar kilang je, selamat duit.

Selamat membuat pilihan!

Link yang berkaitan:
- Pentingnya Motherboard. Ia Bukan Sekadar Tapak Tak Berguna...

BAJET 2013.... Kita Takkan Ke Mana Kalau...

Bajet walau sebaik manapun dibentang dan dirancang oleh mana-mana kerajaan, kalau rakyat 
a. masih bermentaliti rendah,
b. malas bekerja,
c. malas mencari maklumat yang sohih,
d. malas mengisi borang yang diperlukan,
e. malas membantah kepada pihak yang betul (sebalik hanya mengomel di FB),
f. mencari pelbagai alasan untuk berehat banyak,
g. masih 'gilakan' skim mudah dapat untung (skim cepat kaya),
h. mudah membuat konklusi tanpa fikir & analisa sederhana,
i. terlalu berharap bantuan kerajaan untuk berjaya,
j. terlalu asyik bergaduh dan berdebat bab politik kepartian,
k. banyak curi tulang waktu kerja,
l. tiada memantapkan ibadah & ilmu,
m. mentaliti mesti beri rasuah untuk berjaya etc..
SEMUA plan walau sangat cemerlang sama ada bajet atau sistem politik tersebut TETAP akan gagal. 
*Mungkin ada benarnya. Boleh sama-sama nilaikan. Saya lebih terfokus kepada "d", "f", "h", "i" dan "m"....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis