Tuesday, 8 May 2012

Pentingnya Motherboard. Ia Bukan Sekadar Tapak Tak Berguna...

"MOTHERBOARD tu ada fungsi ke? Ke cuma untuk jadi tapak je?" Aku bingung sekejap mendengar soalan itu. Aku tahu jawapannya, tetapi dek kerana disoal sebegitu, aku jadi seperti dipukau, sehingga aku terpaksa memikirkan, motherboard ni memang ada fungsi ke tak sebenarnya...??? Jawapan yang sepatutnya aku boleh jawab dengan yakin dan pasti tanpa berfikir, namun disebabkan disoal oleh orang hebat (walaupun dia tak hebat pun dalam IT) boleh membuatkan aku jadi blur. Dasyat betul penangan orang hebat-hebat ni yer.  Nama pun MOTHER, apabila dah disebut ibu tu, tentulah peranannya amat besar. Dalam dunia ni, kalau tiada ibu, tiadalah kita. Begitulah juga komputer, kalau tiada motherboardnya tentulah tak berfungsi segala komponan yang lain. Justeru, aku berhajat untuk berkongsi ilmu perkomputeran ini dengan orang ramai, agar mereka tahu apa itu motherboard, apa fungsi dan kegunaan motherboard, dan segala-galanya tentang motherboard.

Sebelum itu, sedikit mukadimah tentang aku dan IT. Aku memang peminat IT. Sedari kecil, aku suka gajet-gajet yang melibatkan elektronik dan teknologi terkini. Tetapi aku memang tak suka membaca atau belajar cara formal, bukan sahaja bidang IT, malah apa jua bidang sekalipun, kecuali bidang agama, yang itu kalau boleh memang aku nak sangat belajar secara formal, kalau boleh formal menurut keilmuwan Islam, iaitu secara talaqqi. Jadi, walaupun aku "mengaku" yang aku teror komputer, namun secara formalnya, ilmu aku tak boleh diiktiraf. Manakan tidak, kalau ditanya, aku tak dapat nak ungkapkan istilah-istilah komponan yang ada, aku hanya kenal komponan-komponan ni dengan nama dan cara aku sendiri. Jadi, minat dan kehandalan aku dalam bidang IT ni hanya menjadi hobi aku untuk dunia aku sendiri, kalau untuk mengajar orang, aku memang "surender" awal-awal. Orang pun tak yakin kot nak belajar dengan aku. Lagipun, sekarang, orang dah celik IT, dan memiliki gajet-gajet terkini kini menjadi lambang kemewahan, dan pengenalan kepada taraf hidup seseorang. So, takkan aku nak bercakap tentang gajet yang aku tiada kepada orang yang memiliki gajet-gajet tersebut, kan... Maka aku kenelah sedar diri.

Namun, meskipun aku tak punya ilmu formal, apalagi ijazah atau master dalam dalam bidang ini, aku harap niat baik aku untuk berkongsi ilmu hayat ini tidak dipandang lekeh. Pun begitu, sekiranya tuan puan  mempunyai ilmu dan kepakaran yang bertauliah, sekiranya ada apa yang saya sampaikan ini salah, silalah betulkan.


APA ITU MOTHERBOARD. MOTHERBOARD IALAH...

Motherboard atau mainboard (juga biasa disebut MOBO), merupakan tapak  papan pada komputer yang berfungsi sebagai induk atau pusat penghubung seluruh komponen sekaligus mengatur kerja kesemua komponen tersebut. Semua komponen dari komputer akan terhubung ke motherboard ini. Pada Motherboard terdapat socket untuk proceassor, memory dan slot-slot yang digunakan untuk pemasangan komponen kad seperti VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain. Ia juga mengatur pemberian kuasa elektrik pada setiap komponen PC. Lalu lintas data semuanya diatur oleh motherboard, mulai dari peranti peyimpanan (harddisk, CD-ROM), peranti masukan data (keyboard, mouse, scanner), atau printer untuk mencetak
Atau penerangan yang lebih ringkasnya, motherboard merupakan hardware yang paling utama pada sesuatu sistem komputer. Kesemua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard lah. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – sambungan kabel, slot, dan sebagainya. Kesimpulannya, motherboard ni bukanlah semata-mata tapak yang tak berfingsi apa-apa. Fungsi umum dari Motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain.

Sebab itulah, kalau orang baiki laptop terutamanya, kalau dia malas nak cari punca kerosakan, atau dia tak jumpa punca kerosakan, paling mudah dia buat, ganti motherboard saja. Itu yang sehabis-habis malaslah tu. Tapi biasanya mereka akan cek satu persatu komponen terlebih dahulu. 

Sebuah Motherboard terdapat beberapa komponen seperti :
Soket prosesor adalah soket yang digunakan untuk memasang prosesor. Soket prosesor yang banyak digunakan adalah soket INTEL dan AMD. Maaf kata, selalunya motherboard yang guna AMD memamng lebih cepat rosak.






Chipset adalah sebuah Chip pada motherboard yang berfungsi untuk menghubungkan semua jalur data dalam motherboard tersebut.






Slot memori adalah slot untuk memasang memori. Slot ini terdiri  daripada pelbafai jenis, antara  ialah SIMM, DIMM/SDRAM, DDRAM, DDR2, dan DDR3. DDR2 ini telah banyak digunakan pada motherboard keluaran sekarang, dan yang terbaru DDR3
Slot Expans ion adalah slot yang digunakan untuk pemasangan card adapter





  •   Port Drive
  • Port I/O adalah konektor tempat memasang perlatan input / Output (input: scanner, keyboard, mouse, mic, dll. Output: printer, speaker, dll)


Power Connector Power connector adalah pin yang menyambungkan motherboard dengan power supply di casing sebuah komputer.
*Ini hanya sebahagian je.

Spesifikasi Motherboard

Dalam melihat spesikilasi motherboard, ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian. 
  1. Processor yang digunakan, menggunakan Slot atau Socket.
  2. Kecepatan Internal Cache Memory, seperti 512Kb, 1Mb, 2Mb, dll. Semakin besar kapasitinya semakin laju pula prosesnya.
  3. Boleh di upgrade atau tidak, sama ada processornya, kapasitinya, RAMnya, dll.
  4. Jumlah slot yang tersedia, Memory Slot, Expansion Slot : ISA, PCI, AGP atau PCI Express.
  5. Ada VGA Card, Audio Card, LAN Card yang Onboard atau tak ?
  6. Setting Motherboardnya melalui Jumper atau BIOS.

AWAS, JANGAN GUNA LAPTOP DI ATAS KATIL, ATAU SOFA, ATAU TEMPAT BERFABRIK (KAIN), IA MENGUNDANG KEROSAKAN LAPTOP ATAU KEBAKARAN!!!

 
Gambar hiasan - Komponen pertama yang perlu dibuka ialah bateri dan RAM Slot.

Gambar hiasan: Proses pembedahan motherboard netbook

Linkk yang berkaitan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis