Thursday, 13 December 2012

Untuk Siapa Poligami...


Poligami bukan hanya untuk orang yang kaya harta...
namun ia adalah untuk orang yang kaya jiwa...


Monday, 10 December 2012

Taubat... Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih...


Dari Abu Musa r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda:

(Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.)
(Riwayat Muslim)


Saturday, 8 December 2012

LULUR @ SCRUB. Cara dan Kaedah Yang betul...


Pelbagai pilihan lulur / scrub yang tersedia di pasaran

 Perawatan mingguan dengan lulur sangat bagus dalam menjaga penampilan kulit agar tetap bersih dan cerah. Lulur sangat terkenal berfungsi membuang sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada tubuh. Namun, untuk mendapatkan hasil maksimum, perawatan lulur yang dilakukan haruslah dengan cara yang benar.
 
Ternyata melakukan perawatan lulur juga memiliki beberapa cara untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Bahan dan cara lulur yang tidak sesuai mungkin boleh menimbulkan iritasi pada kulit. Oleh itu, ada baiknya jika anda mengetahui dengan jelas bagaimana sebenarnya melakukan lulur yang baik dan betul.
  • Mandi terlebih dahulu menggunakan sabun dengan tujuan zat aktif dari lulur tradisional meresap sempurna melalui pori-pori kulit.
  • Keringkan badan. Beberapa lulur dipakai dalam keadaan tubuh kering namun ada juga yang boleh digunakan dalam keadaan kulit masih lembab. 
  • Oleskan secara rata pada seluruh tubuh termasuk pada bahagian lipatan-lipatan tubuh yang cenderung berwarna lebih gelap seperti leher belakang, lipatan ketiak, paha, lutut. 
  • Gosokkan lulur secara perlahan sambil memicit ringan untuk melancarkan peredaran darah.
  • Untuk kawasan yang kasar seperti tumit kaki, boleh menggunakan bantuan batu apung atau span kasar.
  • Biarkan meresap sehingga lulur kelihatan kering.
  • Setelah melakukan lulur dengan baik, bersihkan terlebih dahulu sisa-sisa kotoran yang sudah dikikis menggunakan tangan kita sendiri.
  • Kemudian mandi seperti biasa.
  • Setelah selesai melakukan perawatan lulur pada tubuh, keringkan tubuh dan pastikan semua bagian tubuh kering. 
  • Kemudian gunakan pelembab atau lotion tubuh segera setelah anda luluran.
Perawatan lulur yang baik akan memberikan hasil yang baik pula. Lulur dengan cara yang benar memberikan hasil maksimum menjadikan kulit putih bersinar dan lembut.

Banyak pilihan lulur, dengan kelebihan masing-masing...


Alhamdulillah, aku telah beberapa kali berlulur sendiri di rumah, Meskipun tak sempurna, bolehlah merasa puas hati, kulit berasa sedikit licin dan lembut, juga harum. Walaupun sebelum ini aku tak suka merawat dan membelai wajah dan tubuh seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ini, walaupun aku agak menyesal bila mula menggunakan pencuci muka, namun untuk lulur ni, aku tak menyesal, dan aku dah mula suka... 

Entry berkaitan: 


Jiwa Keperempuanan, SPA, dan LULUR...


LULUR? Saya bukan orangnya. Jiwa "kelakian" sejak kecil menjadikan saya agak berlainan dengan remaja seusia saya ketika itu. Hingga saya tamat pengajian di universiti pun, saya tak pernah ada pencuci muka khusus, mahupun krim muka, apa lagi nak berlulur dan seumpamanya. Saya sangat tak berminat dengan barangan kosmetik, dan saya rasa masa saya terlalu berharga untuk dihabiskan dengan membelai dan merawat wajah dan tubuh. Keluar bilik atau rumah pun, saya tak pernah berbedak, hingga ditegur oleh nenek bahawa saya tak pandai bergaya, tidak seperti cucu-cucunya yang lain. Rakan-rakan amat pelik bila saya kata saya tak guna pencuci muka, saya hanya basuh dengan air sahaja. Alhamdulillah, wajah saya tetap licin, dan lembut.

Namun dek peningkatan usia, jiwa "keperempuanan" saya mula hadir. Saya mencuba-cuba untuk mencuci muka dengan pencuci. Saya mula memakai krim untuk kelihatan lebih cerah. Tapi saya tak tahu sama ada saya suka dengan perubahan ini atau tidak. Pada saya, wajah saya semakin tak lembut, liang pori nampak besar...hmm, kadang-kadang rasa menyesal, tetapi naluri keperempuanan itu semakin menebal. Saya tak rasa dengan pencuci muka saya lebih segar atau licin, mungkin kerana tanpa pencuci sebenarnya muka saya lebih licin. 

Seiring dengan jiwa keperempuanan yang makin subur, saya mula membuka laman-laman spa untuk mengintai "apa yang ada". Nampaknya saya benar-benar tertarik! Habisla... saya memang gila spa! Tapi... saya sayang pula  nak habiskan duit ke spa. Kalau saya kawin dengan jutawan atau anak raja, mungkin saya akan ke spa 2 kali seminggu... huhu. Redhalah, jodoh saya hanya dengan insan biasa, in syaa Allah... Maka dengan itu, saya pun terpaksa berhenti melawat laman-laman spa, dan beralih angin menggoogle cara untuk membelai tubuh sendiri @ SPA DI RUMAH.

Spa Oh Spa!!! Aku hanya mampu bermimpi...


Sunday, 25 November 2012

Tuntutan Beramal @ Berusaha... Dalam Berdakwah

Bukan hanya goyang kaki, atau menaruh harapan.... Allah meminta kita "melakukan sesuatu" amal, untuk meraih sesuatu tujuan...

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 [Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, dan sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebaikan, supaya kamu mendapat kemenangan.] -Al Hajj; 22:77

Oleh itu pendakwah hendaklah menjadi Rahban (Rahib) di malam hari dan Fursan (tentera berkuda) di siang hari, beribadah di malam hari berjuang di siang hari, 


وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ .......

 [Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.]-Al Hajj; 22:78


Muhammad Ahmad ar Rashid di dalam bukunya Al Muntalaq menyebut;

“Walau bagaimana dahsyatnya kerosakan, seorang Pendakwah tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan hamba-hamba Allah dari cara hidup Jahiliyyah kepada cara hidup Islam, mengeluarkan mereka dari Kesesatan kepada Hidayah, dari Kebatilan kepada Kebenaran dan dari Kezaliman kepada Ke’adilan.Segala kesangsian dan putus asa dalam proses Islah ini perlu segera dimusnahkan dengan detik-detik kesedaran.” 


Friday, 23 November 2012

QUNUT NAZILAH. Ada dalil, mengapa disangkal???



Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah) 

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

Kesimpulan,

Jadi, tiadalah masalah jika kita semua seluruh masyarakat Islam di mana jua, bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita.

Wallahua'lam.

Tuesday, 16 October 2012

IMAM ABU HANIFAH. GURAUAN MANDI HADAS


Seorang lelaki bertanya kepada Imam Abu Hanifah;

"Jika saya menanggalkan pakaian, lalu terjun ke sungai untuk mandi mengangkat hadas, ke arah manakah yang afdhal bagi saya mengadap? Apakah ke arah kiblat?"

Jawab Imam Abu Hanifah, "Lebih afdhal bagi kamu mengadap ke arah pakaian kamu supaya ia tidak dicuri!".

*Bergurau senda adalah fitrah manusia. Sebagai manusia, kita perlukan hiburan, dan senyum tawa yang sederhana. Oleh itu, para ulamak juga bersenda gurau dengan keluarga dan anak murid mereka. Namun, mereka sentiasa mencontohi Nabi saw dalam apa jua perbuatan... Kerana itulah, gurauan mereka jauh dari sia-sia atau lawak kosong, dan jauh dari unsur menipu yang membawa kepada dosa... 

Monday, 15 October 2012

JOHN STEINBECK. PENERIMA ANUGERAH NOBEL KESUSASTERAAN

Siapa John Steinbck ni? Sebenarnya akupun tak lah kenal sangat dengan John Steinbeck ni, tapi ada satu coretannya yang sangat memberi kesan ke dalam jiwa aku, tentang mencari pensel yang sempurna. Sangat berguna, dan tepat untuk menyedarkan kita yang selalu mencari kesempurnaan pada diri orang lain, tanpa menyedari kekurangan diri sendiri. 

For years I have looked for the perfect pencil. I have found very good ones, but never the perfect one. And all the time it was not the pencil but me. A pencil that is right some days is no good another day... (Journal of a Novel;, The East of Eden Letters, p:35)


Biografi Seorang Penulis bernama John Steinbeck (Penerima Anugerah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1962)


John Steinbeck (1902-1968), born in Salinas, California, came from a family of moderate means. He worked his way through college at Stanford University but never graduated. In 1925 he went to New York, where he tried for a few years to establish himself as a free-lance writer, but he failed and returned to California. After publishing some novels and short stories, Steinbeck first became widely known with Tortilla Flat(1935), a series of humorous stories about Monterey paisanos.


Steinbeck's novels can all be classified as social novels dealing with the economic problems of rural labour, but there is also a streak of worship of the soil in his books, which does not always agree with his matter-of-fact sociological approach. After the rough and earthy humour of Tortilla Flat, he moved on to more serious fiction, often aggressive in its social criticism, to In Dubious Battle (1936), which deals with the strikes of the migratory fruit pickers on California plantations. This was followed by Of Mice and Men (1937), the story of the imbecile giant Lennie, and a series of admirable short stories collected in the volume The Long Valley (1938). In 1939 he published what is considered his best work, The Grapes of Wrath, the story of Oklahoma tenant farmers who, unable to earn a living from the land, moved to California where they became migratory workers.



Among his later works should be mentioned East of Eden (1952), The Winter of Our Discontent(1961), and Travels with Charley (1962), a travelogue in which Steinbeck wrote about his impressions during a three-month tour in a truck that led him through forty American states. He died in New York City in 1968.

From Nobel Lectures, Literature 1901-1967, Editor Horst Frenz, Elsevier Publishing Company, Amsterdam, 1969
This autobiography/biography was written at the time of the award and first published in the book seriesLes Prix Nobel. It was later edited and republished in Nobel Lectures. To cite this document, always state the source as shown above.
 John Steinbeck died on December 20, 1968.


Friday, 12 October 2012

AR-RAZZAQ. Yang Maha Memberi Rezeki...

Daripada akhi Ahmad Fahmi C Nordin, daripada Habib Umar al-Jaylani daripada Syeikh Ali Tantawi........

Seorang pegawai dari Afghanistan diarah ke sebuah negara berideologi komunis untuk urusan tertentu. Akibat sukar untuk mendapatkan makanan halal di sana, beliau meminta isterinya memasak 2 ekor ayam sebagai bekal. Tiba saja di negara itu, beliau dapat panggilan supaya pulang semula ke negaranya. Lalu beliau terlihat seorang wanita miskin. Beliau pun memberikannya bekal yang belum sempat dijamah. Ketika pulang beliau berfikir. Rupanya Allah menghantarnya ke negara itu hanya untuk membawa 2 ekor ayam kepada seorang miskin di sana...  

 

Nyatalah, rezeki itu urusan Allah. Allah akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak kita sangkakan... Dan kita pula adalah alat untuk Allah menampilkan sifatnya yang Maha Memberi Rezeki...

Doa mohon murah rezeki: Allahu latifun bi 'ibadihi
yarzuqu man yasha' wahual qawiyul aziz... (Asy-Syura: 19)
Link yang berkaitan:
- HATI EMAS. Hati seorang pemandu teksi...

Thursday, 11 October 2012

IBADAH KORBAN. Apakah sebenarnya yang dituntut???

TUNTUTAN BEKORBAN...

Ya, hampir majoriti umat Islam tahu, bahawa ibadah yang paling dituntut ketika Aidil Adha ialah ibadah korban. Sepertimana hadith Rasulullah saw yang bermaksud;

((Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.)) - Hadith riwayat at-Tirmizi.

Jadikan keteladanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam
sebagai cerminan keikhlasan hati dan ketaatan terhadap perintah Ilahi


Namun, apakah yang dituntut daripada ibadah korban itu sendiri??? 

Kembali kita merujuk kepada hadith di atas, ... "Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan..." Ya, itulah tuntutan sebenar di dalam ibadah korban itu sendiri, yakni "berlapang dada" dan "redha".

Begitulah, dalam apa jua "pengorbanan"  yang kita lakukan, hendaklah kita redha dengan pengorbanan itu, hendaklah kita ikhlas melakukannya, dan hendaklah kita tidak mengungkit walau apapun yang terjadi selepas pengorbanan itu... Begitu jugalah tuntutan berlapang dada, hendaklah kita berlapang dada dengan kehilangan sesuatu yang telah kita korbankan itu, kerana hakikatnya ia tidak pernah hilang, bahkan ia kekal dan berganda di sisi Tuhan.

Firman Allah: [[Perumapamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagia sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui]] (AlBaqarah : 261)  

Berlapang dada dan redha. Bukan kerana terpaksa, atau dipaksa oleh ibu ayah dan saudara mara... Bukan kerana ikut-ikutan, disebabkan ramai rakan-rakan atau jiran-jiran melakukanya, maka kita ingin sama-sama memeriahkan suasana penyembelihan itu... Bukan kerana ingin menunjuk, bahawa kita punya banyak wang atau kita adalah orang yang pemurah... 

Apa yang dinilai di sisi Allah, bukanlah nilai timbangan berat atau besarnya binatang tersebut, bukan juga daging itu yang sampai kepada Allah, tetapi apa bernilai di sisi Allah ialah, nilai ketaqwaan seseorang yang telah mendorong dirinya untuk melaksanakan ibadah korban itu, itulah yang akan sampai kepada Allah!!!

 Firman Allah: [[Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.....]] (Al-Hajj : 37)



Link yang berkaitan :

 

Wednesday, 10 October 2012

Selagi semuanya Allah...

Bekerja kerana Allah...

Selagi berada atas dunia, dan selagi kita bernama manusia, selagi itulah pandangan mata dan akal kita berbeza. Meski melihat dari sudut yang sama, tetapi dimensinya tetap berbeza. Perspektif manusia terbentuk daripada ilmu dan pengalaman hidup masing-masing. 

Menangis hanya kerana Allah...


Kerehatan:

Seorang sufi merasakan masa rehat dan tidurnya itu tetap dalam perjuangan, kerana dia sentiasa mengerah hatinya agar terus berzikir dan berzikir tanpa henti...

Seorang pejuang merasakan pertempurannya di medan jihad itu sebagai satu kerehatan, apabila dia membayangkan ganjaran syurga dan bidadari yang menanti tatkala dia beroleh syahid nanti...

Hakikatnya, kerehatan mahupun perjuangan, kedua-duanya tetap mulia selagi disandarkan kepada Allah. Selagi mereka memandang Allah, Allahlah yang akan mereka lihat. Dan selagi mereka mencari Allah, Allahlah yang akan mereka temui...

*Semoga, apapun yang kita buat, apapun yang kita fikir, apapun yang kita kejar, dan apapun yang kitat tinggalkan, semoga semuanya dari Allah, kerana Allah, untuk Allah... LILLAHI TAALA...


Ayuhai blogger, menulislah kerana Allah...
 
Menaip, mengarang, ikhlaskanlah semuanya kerana Allah...

Aku mengasihimu kerana Allah...
Uhibbuki fillah...
Nikahilah aku kerana Allah... :-)
Nikah itu ibadah...


Tuesday, 9 October 2012

HATI EMAS. Hati Seorang Pemandu Teksi...

Aku selalu berangan untuk jadi orang paling baik dalam dunia ni, orang yang punya hati paling pemurah, hati paling bersih dan selalu bersangka baik dengan orang, dan yang lebih penting, bersangka baik dengan Allah, dengan setiap taqdirnya. Kerana itu, aku memilih Hati Emas sebagai blog, agar aku punya hati yang sangat bernilai, sebuah hati disaluti emas berkilau dan bernilai... Namun, aku telah bertemu hati emas sebenar, yang benar-benar wujud di dunia ini, bukan sekadar impian dan angan-angan. Aku tak sengaja berjumpa pakcik berhati emas itu di blog ustaz Pahrol. Insya Allah, jom kita berkongsi kisah hati emas ini...

HATI SEORANG PEMANDU TEKSI…

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.

“Kenapa masih bekerja Pak cik?”

“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.

Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.

“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.

“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.

“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.

“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.

Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya. Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.

“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”

“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang. Hebat, inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu disampaikan oleh para ustaz,  sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.

“Awal Pak Cik dah keluar? Lepas Subuh terus bekerja?”

Pagi-pagi ni murah rezeki. Pak Cik suka mula awal tetapi habis awal. Malam boleh tumpukan kerja lain.”

“Malam pun Pak Cik kerja juga?”

Bukan kerja… Pak cik ikut kuliah-kuliah agama, belajar tajwid semula dan kadangkala ikut dalam majlis zikir. Itulah kerja Pak Cik yang dah berumur ni.”

Subhanallah, sekali lagi Pak Cik ini mengamalkan apa yang disebut dalam Al Quran ‘fa iza faraghta fan sab’ – maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), maksudnya selesai satu ibadah, kita sambung terus dengan ibadah yang lain pula. Tidak ada istilah rehat yang hakiki di dunia. Kita beribadah ‘around the clock’ – sepanjang waktu. Rehat hanya di syurga.

“Pak Cik dulu mengaji agama di mana?” aku terus mencungkil.

“Pak cik tak pernah mengaji agama secara rasmi. Dulu sekolah kebangsaan sahaja. Apa yang Pak cik dapat hasil mendengar sahaja. Mengaji dengar-dengar, kata orang. Kadangkala di masjid, di surau, dalam radio atau melalui perbualan-perbualan biasa.”

“Apa yang Pak Cik cari  semasa mengaji secara dengar-dengar tu?”

“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”

Aku senyum. Memang luar biasa Pak Cik yang kelihatan biasa-biasa ini. Aku mendapat berita Pak Cik ini pernah memulangkan wang berjumlah RM 5 ribu yang tertinggal oleh penumpang dalam teksinya. Pernah juga dia bergelut dengan lelaki yang cuba merompak teksinya. Keberanian, kejujuran dan istiqamahnya menjaga solat jemaah sangat aku kagumi.

“Sekarang ni mudah dapat pelanggan?”

“Ada kala mudah, ada kalanya payah. Tak menentu. Sekarang ni susah nak jangka.”

“Kalau pelanggan tidak da bagaimana?”

“Tu, CD kuliah-kuliah agama. Pak Cik habiskan masa dengan dengar kuliah agama. Kalau letih mendengar Pak Cik cubalah zikir sedikit-sedikit. Rezeki tetap ada. Tidak dalam bentuk duit, kita dapat dalam bentuk ilmu.”

“Pak Cik sihat? Tak da sakit-sakit?”

“Sakit tu mesti ada. Badan dah tua. Lenguh-lenguh, sakit urat. Tetapi yang berat-berat tu tak adalah. Alhamdulillah.”

“Pak Cik makan makanan tambahan? Food supplement?” jolok aku.

“Tak da. Pak Cik cuma jaga makan dan joging. Tubuh kita ni bukan kita punya… kena jaga baik-baik.”

“Eh, Pak Cik, sepatutnya yang kita punyalah kita kena jaga baik-baik.”

“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”

Terkedu aku dengan jawapan itu. Dalam hati aku mengagumi orang seperti Pak Cik ini. Orang tua yang ‘simple’, tenang dan punya prinsip yang tepat dan jelas dalam hidup. Dia bukan sahaja memandu teksi tetapi dia benar-benar memandu kehidupannya. Individu yang dianggap marhaen ini rupanya punya ‘hati emas’. Isi cakap dan sikapnya semuanya Al Quran dan Al Hadis, walaupun dia tidak petah menuturkan ayat Al Quran dan lafaz hadis. Sesungguhnya, dia jauh lebih baik daripada para ustaz mahupun orang yang digelar alim, yang mulutnya berbuih dengan ayat Quran dan Al hadis tetapi praktik, hati budi serta gaya hidupnya berbeza dengan ayat Quran dan Al hadis yang menjadi perhiasan lidahnya!.

Kisah Pak Cik pemandu teksi ini mengingatkan aku kepada budak gembala kambing yang diuji oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar Al Khattab di tengah padang pasir. Apabila Sayidina Umar mengatakan bahawa tuan punya kambing tidak akan tahu jika budak gembala itu menjual seekor kambing secara senyap-senyap, budak itu lantas berkata, “kalau begitu di mana Allah?”

Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang dijualnya walaupun disuruh oleh ibunya berbuat demikian.

“Kita tidak boleh mencampurkan susu ini dengan air ibu. Amirul Mukminin Sayidina Umar telah melarang perbuatan ini.”

“Ah, kita di dalam rumah kita. Bukankah ini waktu malam? Umar tidak akan tahu,” balas ibunya.

“Tapi Tuhan Umar tahu! Allah tahu ibu.”

Kata-kata budak gembala kambing, “kalau begitu di mana Allah?”  dan gadis penjual susu, “tetapi Tuhan Umar tahu,” sesungguhnya bukan Al Quran dan bukan hadis tetapi rohnya, isinya dan mesejnya sejajar dengan Al Quran dan hadis. Itulah natijah pemikiran dan jiwa yang telah dibentuk oleh iman, lafaz kebenaran boleh jadi diluahkan dalam bahasa pertuturan yang biasa-biasa sahaja tetapi jika dicari dalil dan hujahnya dalam Hadis dan Al Quran, pasti ditemui.

Kembali kepada cerita Pak Cik pemandu teksi yang menjadi teman bual aku di serambi masjid selepas sama-sama mengerjakan solat Asar tadi.

“Pak Cik, apa yang paling susah sewaktu bekerja sebagai pemandu teksi ni?”

“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah. Pelanggan maki kita, kita balas dengan senyum. Orang herdik kita, kita minta maaf. Orang cuba tipu kita, kita mengelak dengan baik.”

“Mengapa begitu Pak Cik?”

Dia terdiam. Setelah merenung agak panjang beliau berkata,  “ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”

Sekali lagi Pak Cik pemandu teksi ini telah menuturkan hikmah yang pernah disampaikan oleh Sayidina Ali. “Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, “ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”

Dan sesungguhnya itulah juga inti pati ayat Al Quran, surah Fussilat: 34 yang bermaksud, “ tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada mu dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Setelah bersalaman, Pak Cik pemandu teksi itu menuju teksinya.

“Ada janji dengan pelanggan. Assalamualaikum,” katanya, terus memandu teksinya dengan ceria. Aku? Aku terus duduk di tangga masjid sambil menghitung diri. Bolehkah aku meneladaninya? Bolehkah aku membalas kejahatan dengan satu kebaikan? Atau aku akan terus sibuk mencari dalil dan fakta untuk bahan tulisan atau ceramah sedangkan ada insan lain yang jauh lebih ikhlas telah mengamalkannya dalam kehidupan? Ya, alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya? Begitulah perumpamaannya…


Monday, 8 October 2012

Petua Tradisional Untuk Kulit...


Entah kenapa, tiba-tiba datang keazaman yang bersungguh-sungguh untuk aku menurunkan berat badan... Maka akupun merewang-rewaglah di blog-blog orang melihat-lihat petua untuk kurus itu. Tetapi, banyak pula petua lain yang aku terjumpa. Jadi, alang-alang aku dah jumpa, ada baiknya aku simpan dan share pula dengan orang lain. Manalah tau, satu hari nanti diperlukan, senanglah cari saja dalam blog ini.  


Caranya :
- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.


Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun


Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. 
5.Bilas dengan air dan biarkan kering.

* Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.


Cara-caranya:
-Ambil sedikit susu tepung bayi.
-Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat.
-Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit.
-Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.
-Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan..

Sumber : adieyza.blogspot.com



Entri berkaitan:


Sunday, 7 October 2012

ED OSMERA. Pelakon Kelantan...

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). 
 
 
Ed Osmera mula berlakon menerusi filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti Lain Jalan Ka Shorga (1967). Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969). Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doctor Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974).Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).
 
Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974). Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun. Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).
 
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (63) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2008. Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 64. 
 
Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr....Al-Fatihah (sumber : adisaufi.blogspot.com)

Saturday, 6 October 2012

Nekad yang Tak Mampu Dipertahan

Masa di sekolah lama, aku sangat berminat untuk mendalami ilmu agama. Tetapi, disebabkan aku mendapat A dalam semua subjek semasa PMR, maka aku ditawarkan memasuki kelas aliran Sains. Waktu itu, ramai kawan-kawan seangkatan telah keluar dari sekolah tersebut. Biasalah, budak-budak sekolah agama suka keluar asrama bila masuk Tingkatan 4, ada yang masuk Sekolah Teknik, asrama penuh, dan juga sekolah harian biasa. Minggu tersebut adalah minggu "surat-surat tawaran" diterima. Maka banyaklah yang telah keluar dan pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah baru mereka.

Aku tak pedulikan itu semua, kerana aku dah beritahu mak, kalau ada apa-apa tawaran, tolak je, tak perlu bagitau, aku tak minat nak tukar sekolah. Kawan-kawan sibuk bertanya, aku takde nak pindah mana-mana ke? Ringkas saje jawapan aku, kalau aku dapat masuk kelas 4 Thanawi, aku akan kekal. Waktu itu, kelas 4 Thanawi adalah kelas yang menempatkan mereka yang ketiga tercorot dalam keputusan PMR, kelas ketiga terakhir. Kelas itu adalah kelas agama, namun ada subjek Thanawi yang harus diambil. Aku benar-benar hairan dengan pentadbiran sekolah pada masa itu, kenapa orang yang teruk diletak dalam kelas agama, sedangkan subjek agama lebih banyak, nak hafal pelbagai subjek dalam bahasa Arab, bukankah itu juga memerlukan pelajar yang cerdas otaknya??? 


Tapi, hujung minggu itu, mak dan ayah datang ziarah aku. Kami sembang dan makan-makan, hinggalah saat mereka dah nak bertolak balik, ayah mengunjukkan sebuah sampul surat, tawaran ke asrama penuh! Aku melihat tarikhnya, ternyata dah lewat kalau nak pergi. Patutnya kalau nak pergi, dah seminggu aku mengemas. Aku pun senyum jelah dan hulurkan semula sampul itu kepada ayah. Namun ayah memprovok aku, ayah cakap macam-macam. Akhirnya, ayah kata, kalau nak balik, pergilah kemas barang, ayah tunggu!!! Aku benci betullah, ayah memang pandai psiko dengan cara halus, aku selalu tewas dengan ayah. Akhirnya berkubur jelah niat aku nak ambil Thanawi, dan itulah hari terakhir aku menginap di asrama itu...

*Sungguh, penghijrahanku tanpa diduga. Nekadku terpaksa kulupa... Begitulah hidup ini, tak semua yang kita nekad akan terus kita perjuangkan... dan tak semua yang kita hindari akan terus kita tinggalkan... Allahlah yang memegang hati-hati kita, dan membolak-balikkan hati kita... Aku tak pernah menyesal dengan ketetapan Allah, kerana kuyakini di hujung jalan nanti pasti kutemukan hikmah....
  

Friday, 5 October 2012

TAKUT & HARAP. Habib Umar bin Hafiz


Sifat takut (khauf) dan harap (raja') ini, harus ada dalam setiap diri hamba. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, tidak juga boleh dipilih hanya salah satu. Andai hanya takut yang ada, dibimbangi ketakutan yang melampau membawa kepada rasa putus asa. Sebaliknya, andai hanya rasa harap sahaja yang ada, dibimbangi kita tertipu dan terpedaya dengan harapan semata. 

Takut kepada Allah, ialah takut akan azabNya, dan tidak takut akan selain daripadaNya.

Harap kepada Allah, ialah mengharap rahmat dan keampunanNya, serta mengharap pertemuan denganNya.


Kata-kata Imam Syafie ketika hampir wafat, yang menunjukkan rasa takut dan harap beliau:

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar. 
 

Thursday, 4 October 2012

Saya mungkin lebih lemah... Bergandinganlah kita semua...

Kalian sangka mereka yang banyak berbiara tentang agama 
adalah yang paling baik agamanya...
Hakikatnya, dia mungkin lebih lemah agamanya 
berbanding kalian...
Bicaranya sebenarnya adalah peringatan buat dirinya sndiri, percayalah!!!

Ada manusia  memilih untuk berdakwah,
bukan kerana dia insan terbaik...
Tetapi kerana berusaha untuk menjadi yang terbaik...
Sambil berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan...


Berdakwah bukan hanya untuk orang baik...
tetapi juga untuk yang tidak baik menjadi baik.

Berdakwah bukan hanya untuk menjadi baik...
tetapi juga untuk mempergiatkan usaha beristiqamah
agar dapat menjadi lebih baik di sisi-Nya!!!

Saya mungkin lebih lemah dari kalian, jadi, ayuhlah kita bersama untuk sama-sama memperbaiki diri, menerima kelemahana orang lain, dan bergandingan dalam usaha mentarbiyah dan berdakwah. Semoga setiap kita ada sumbangan untuk agama...


Entri berkaitan:
- Ilmu Untuk Dikongsi. Bukan Untuk Dibangga dan Dijual-Beli. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis